26 Disember 2012

Kenapa Perlu Beri Salam Ketika Masuk Ke Rumah ??

Assalamualaikum..

saja nak share ngan kengkawan apa sebab setiap kali kita masuk ke rumah kita kena beri salam dan beradab tak kiralah rumah orang atau rumah sendiri . Antara sebabnya ialah terdapat beberapa jenis syaitan yang senantiasa mengganggu dan mengacau ahli keluarga yang ada dalam rumah tersebut , antaranya nama syaitan2 tu adalah:

Daasim : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi). Oleh itu, berilah salam sebelum masuk ke rumah.

Wathiin : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah SWT.

Murrah : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamor, dsb.

Walahaan : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

ketika hendak masuk rumah atau pejabat berilah salam, membaca Bismillah sebanyak 3 kali dan Doa..

Tiada ulasan: