19 Januari 2011

Badar Semesra Makin Garang

Pada pagi tadi satu operasi bersepadu Badan Dakwah dan Rohani telah dijalankan bagi mengesan pelajar-pelajar yang lewat untuk solat subuh disurau dan yang ingin melakukan cubaan solat didalam dorm. Operasi yang dijalankan bermula pada jam 6.00 pagi itu telah dilakukan di Villa Putera Sekolah Menengah Sains Rembau.

Seramai 7 orang pelajar lelaki telah ditahan atas beberapa kesalahan dan dikenakan tindakan dibawah peraturan sekolah menengah sains rembau. Seperti yang dimaklumi oleh semua bahawa solat subuh adalah salah satu daripada kunci rezeki pada waktu pagi dan menurut Guru Penolong Kanan HEM Sekolah Menengah Sains Rembau, Tuan Haji Azman bin Awang, Operasi seperti ini akan diteruskan bagi memastikan setiap pelajar tidak akan melewat-lewatkan solat subuh secara berjamaah di surau serta memastikan tiada pelajar yang masih tertinggal di Villa Putera.

Tiada ulasan: