01 Jun 2011

LAWATAN BENCHMARK KE DAR SAADAH,SBPI RAWANG DAN MELAKA

Pada 20 hingga 21 Mei 2011 , BADAR SEMESRA telah mengadakan lawatan ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR) .


      Kami bertolak dari SEMESRA pada pukul 7.15 pagi dengan menaiki bas sekolah. Destinasi pertama kami ialah Rumah Perlindungan Dar Assaadah . Kira-kira pukul 9 pagi , kami tiba di pekarangan Dar Assaadah . Kami disambut mesra oleh staf di situ . Kami diberi taklimat tentang Dar Assaadah selama 30 minit . 




Di sini , kami sedar tentang cabaran di dunia luar , terutamanya bagi golongan wanita. Kami meluangkan masa di sini selama satu jam sebelum bertolak ke Masjid Negara untuk Solat Jumaat bagi rombongan lelaki . Selesai Solat Jumaat, kami telah pergi ke Pusat Kesenian Islam.



 Kira-kira pukul 4.00 petang , kami memulakan perjalanan ke SEPINTAR . Kami tiba di SEPINTAR pada pukul 9 malam. Setibanya kami di sana , kami dapat merasakan kemesraan dan keramahan yang ditunjukkan oleh warga SEPINTAR. Sebelum bermulanya sesi taaruf, kami dibenarkan untuk makan dan membersihkan diri serta solat fardhu maghrib dan isyak. Selesai melakukan segala keperluan , kami memulakan sesi taaruf secara berasingan. Rombongan lelaki mengadakan sesi taaruf di surau manakala rombongan perempuan melakukan sesi taaruf di dalam kamar. Sesi taaruf ditamatkan pada pukul 11 selepas bacaan surah al-Mulk.

Keesokan harinya, kami dikejutkan dengan azan Subuh yang dikumandangkan oleh pelajar SEPINTAR . Kami bersiap sedia untuk solat Subuh secara berjemaah. Selesai solat, masa lapang diisi dengan kuliah Subuh. Kuliah Subuh selesai pada pukul 7.30 pagi. Kemudian, kami dibenarkan untuk bersarapan dan seterusnya bersiap sedia untuk majlis bersama-sama dengan pihak SEPINTAR. Kami dipecahkan mengikut lajnah masing-masing untuk mengadakan perbincangan dan pertukaran ilmu. Sesi ini berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. Kemudian , majlis penutup berjalan dengan lancar diiringi dengan pemberian cenderahati dari SEMESRA kepada SEPINTAR. Kami menaiki bas untuk bergerak ke Melaka bagi majlis makan malam bagi menghargai jasa dan pengorbanan para guru serta nuqaba'. kemudian, kami bertolak pulang ke SEMESRA dan tiba pada pukul 11.25 malam.
   

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran SEMESRA kerana telah memberi peluang kepada kami untuk menjalankan lawatan ini . Tidak lupa juga kepada pihak SEPINTAR dan Dar Assaadah kerana telah menerima kehadiran kami dengan hati yang terbuka. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala yang kerjasama dan ilmu diperoleh diberkati oleh-Nya.
~ selamat beramal ~

Tiada ulasan: