Assalamualaikum .. Salam Mesra buat semua Reader yang dirahmati Allah
Apa Khabar iman kita hari ini? Didoakan moga sahabat dan sahabiah sekalian berada dalam rahmat serta pemeliharaan Allah SWT. Hari ini muallim akan membincangkan satu topik yang diharapkan dapat memberikan manfaat buat kita semua dalam menempuh cabaran dan dugaan sepanjang cuti persekolahan yang tinggal 3-4 minggu lagi. Topik yang ingin muallim bicarakan ialah mengenai dakwah fardiah
Apakah yang dimaksudkan dengan Dakwah Fardiah ?
Sebelum kita pergi lebih jauh elok rasanya kita singkap sikit tentang dakwah. Dakwah dari segi bahasa membawa maksud mengajak atau mempelawa dan dari segi istilah ulama ianya memberi erti mengajak seseorang itu kearah kebaikan.
Kenapa perlu dakwah dan apa perlunya dakwah ? Dakwah membawa kepada kebaikan dan menjauhkan diri seseorang daripada keburukan seperti yang dinyatakan dalam Firman Allah
Firman Allah Taala :
ولتكن منكم أمة يدعون الى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر واولئك هم المفلحون
Maksudnya: "Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu ummah yang mengajak kepada kebaikan, menyeru makruf dan mencegak kemungkaran dan mereka adalah golongan orang yang berjaya."
(Ali Imran : 104)
ومن أحسن قولا ممن دعا إلى الله وعمل صالحا وقال أننى من المسلمين
Maksudnya: "Dan apakah kalam dan perkataan yang paling baik daripada mereka yang mengajak kepada Allah dan beramal soleh dan menyatakan bahawa aku daripada orang muslimin." (Fussilat : 33)
Sabda Rasulullah S.A.W :
حَدِيثُ أَبِي سَعِيدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنْ طَارِقِ بْنِ شِهَابٍ قَالَ أَوَّلُ مَنْ بَدَأَ بِالْخُطْبَةِ يَوْمَ الْعِيدِ قَبْلَ الصَّلَاةِ مَرْوَانُ فَقَامَ إِلَيْهِ رَجُلٌ فَقَالَ الصَّلَاةُ قَبْلَ الْخُطْبَةِ فَقَالَ قَدْ تُرِكَ مَا هُنَالِكَ فَقَالَ أَبُو سَعِيدٍ أَمَّا هَذَا فَقَدْ قَضَى مَا عَلَيْهِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ *
Maksudnya: "Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah diubah dengan tangan, seandainya tidak mampu maka dengan lidah dan perkataan, sekiranya tidak mampu maka mesti mencegahnya dengan hati. Dan mencegah atau benci dengan hati itu merupakan selemah-lemah iman."
Demikianlah dalil-dalil yang menyatakan tentang kepentingan dan kewajipan berdakwah. Dakwah terbahagi kepada beberapa uslub Uslub dakwah bermaksud ilmu tentang cara berdakwah dengan menggunakan pendekatan-pendekatan dakwah dalam menarik golongan yang diseru kepada ajaran Islam selain Kaedah untuk menarik perhatian sasaran dakwah
1. Mempermudahkan dan kelonggaran yang diberikan
Masyarakat non Muslim diberi pilihan dengan tidak ada paksaan untuk menerima Islam. Mereka boleh menilai dengan melihat kepada keperluan fitrah semulajadi yang ada dalam diri mereka. Islam sentiasa membenarkan pendakwah mempermudahkan dan menarik alternatif bagi memberi kelonggaran dalam beberapa hal kepada non Muslim dan saudara baru memeluk Islam.
2. Dakwah bil hal
Setiap perilaku dan amalan harian para pendakwah dan umat Islam hendaklah mencerminkan kesucian Islam yang menjamin kesejahteraan dan ketenteraman sejagat. Setiap tindakan akan dilihat oleh masyarakat non Muslim untuk dinilai sebelum menerima Islam. Tingkah laku mestilah berasaskan nilai tauhid, mengikut syariat Islam serta berbentuk ajakan kepada kesempurnaan Islam.
3. Dakwah melalui pendidikan
Pendidikan Islam sendiri merupakan proses mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia berasaskan nilai-nilai fitrah insaniah. Proses pendidkan Islam ini akan membina akhlak dan membawa kepada kehidupan yang sempurna. Dakwah secara ini perlu merujuk kepada cara dakwah Rasulullah S.A.W semasa di peringkat awal Islam yang lebih memberi penekanan kepada psikologi, rohani dan perasaan.
4. Dakwah melalui pergaulan
Islam telah menggesa kepada umat Islam umumnya dan para pendakwah khususnya supaya mewujudkan suasana pergaulan yang baik dan menunjukkan jalan yang lurus kepada masyarakat yang belum Islam atau non Muslim. Para pendakwah harus mengenali latar belakang masyarakat yang hendak diseru itu terlebih dahulu supaya dapat melicinkan pergaulan dan proses bermuamalah dengan mereka.
5. Dakwah melalui ziarah
Ziarah merupakan satu usaha mendampingkan diri dengan non Muslim yang digalakkan oleh Islam terutama di waktu-waktu yang diperlukan seperti apabila mereka sakit, bermasalah, mahukan pertolongan dan seumpamanya. Ziarah boleh melapangkan dada mereka dan memberi ketenangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan