Assalamualaikum.. Salam Perjuangan
Pada 20 Februari yang lepas, telah diadakan satu Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan bagi JK Pusat Sumber Sekolah (PSS), Badan Dakwah, Akhlak dan Rohani (BADAR), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan juga Briged IT SEMESRA.
Majlis Penyerahan ini telah berlangsung di Dewan Dato' Azam bermula pada pukul 7.30 pagi. Di dalam ucapannya, Pengetua Kanan SEMESRA Pn. Hjh Norzila bt Idris mengucapkan tahniah kepada semua JK yang telah dilantik. Beliau menyatakan bahawa setiap badan ini mempunyai fungsi yang tersendiri dalam membantu kecemerlangan sekolah. Oleh itu beliau berharap agar badan-badan ini akan dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sempurna agar para pelajar sekolah ini dapat dibimbing ke arah kecemerlangan.
Seterusnya watikah lantikan telah disampaikan oleh Puan Pengetua kepada semua JK yang telah dilantik. berlangsung.
Seterusnya bacaan ikrar telah diketuai oleh Pengerusi BADAR Mohd Salahuddin b. Saharuddin. Di dalam ikrar ini, pelajar-pelajar yang baru sahaja dilantik ini berjanji akan menunaikan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh pihak sekolah dengan baik.
Tahniah diucapkan kepada semua JK yang telah dilantik. Diharapkan agar segala tangungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah kepada pelajar-pelajar akan dapat dilaksanakan dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan