Assalamualaikum ..
Minggu ini masuk minggu ke 2 para pelajar sekolah menengah Sains Rembau menghadapi peperiksaan pertengahan tahun kecuali bagi pelajar tingkatan 1 yang menghadapi pentaksiran berasaskan sekolah dan Ujian Segak. Pelbagai gaya dan gelagat yang akhi dapat perhatikan pada musim ini kerana kepelbagaian cara dan kaedah yang digunakan untuk memahami serta mengingat isi pelajaran. Ada yang menghafal sambil berdiri duduk malahan ade juga yang menghafal sambil berjoging dipetang hari. Ala kulli hal tak kisahlah apa juga cara yang digunakan yang penting kaedah yang digunakan tu betul dan dapat menambah kefahaman para pelajar. Belajar bukan satu perkara yang boleh dianggap remeh dan boleh dipandang enteng. Tapi belajar perlu diberikan perhatian yang secukupnya oleh para pelajar tak kiralah apa juga bahagian dan bidang yang diceburi.
Semoga para pelajar khususnya yang menuntut di sekolah menengah sains rembau akan Berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa akan datang. Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan