
Berbeza dengan tahun tahun sebelumnya, program kali dikatakan lebih menarik dan mencabar bagi para pelajar untuk mengasah bakat dan ciri-ciri kepimpinan sebagai satu usaha pentarbiyahan yang bersistematik seterusnya memperkembangkan lagi kemahiran pelajar dari segi berfikir, berkomunikasi serta menghayati nilai-nilai terpuji sebagai insan muttaqin.
Program yang dianjurkan ini sekaligus menggemilangkan pengurusan BADAR berlandaskan keperluan semasa yang tidak bercanggah dengan Islam selain memberi input-input baru kepada bakal pendakwah muda untuk mengharungi cabaran dunia masakini.
Dalam program tersebut, para peserta juga didedahkan dengan skil-skil kepimpinan, kemahiran dan teknik berdakwah yang betul dan selain memupuk semangat kerja berpasukan dan interaksi sesama peserta. Antara pengisian program NKI pada tahun ini antaranya Tamrin Qiyadi, Pertandingan Forum Spontan,Rehlah Berfokus dan Inventori Kepimpinan
Diharapkan kepada para peserta yang telah mengikuti program ini dapat mengambil manfaat dari apa yang telah disampaikan dan ditimba dari program sebegini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan