Aisyah Shakirah menghayun langkah dengan laju menuju ke asramanya yang terletak di Kolej Tun Dr Ismail, Universiti Kebangsaan Malaysia. Air mata yang bergenang di tubir mata jatuh lagi. Allah! Kenapalah aku ditakdirkan untuk bertemu dengannya setelah sekian lama kami terpisah. Muhammad Afiq Rayyan.
Namanya tidak asing lagi dengan diari hidup Aisyah Shakirah kerana mereka pernah menjalinkan hubungan yang istemewa suatu masa dahulu ketika masing-masing sedang menuntut di alam persekolahan. Namun, setelah ditarbiyah mereka mulai sedar bahawa Islam tidak membenarkan lelaki dan wanita yang bukan ajnabi mempunyai hubungan istemewa selagi akad belum dilafazkan.
Seingatnya, setelah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan, dia mendapat khabar berita yang lelaki itu akan menyambung pelajarannya di Royal College of Surgeons, Ireland dalam jurusan perubatan sama sepertinya.
Lantas, Aisyah Shakirah mencari Samsung Galaxy SIII yang disimpan di dalam beg sandangnya. Tangannya laju membuka ruangan contacts dan skrin disentuh apabila nama Fakhirah Anati muncul.
“ Assalamualaikum, Ana. Boleh tak kalau Aisyah nak bercakap dengan Ana sekejap.” tutur Aisyah Shakirah memulakan perbualan. Fakhirah Anati merupakan rakan karibnya sewaktu mereka sama-sama menuntut di MRSM Taiping.
“ Waalaikumussalam, haruslah boleh wahai sahabatku. Your voice sound weird. Do you have any problem, Aisyah? Just let me know if there is anything I can do to help …..” teka Fakhirah Anati. Persahabatan yang terjalin sejak di Tingkatan 1 telah menjadikan Fakhirah Anati peka terhadap keadaan Aisyah Shakirah.
“ Urmm …. Petang tadi, after tamat kuliah Aisyah singgah dekat kafetaria nak bungkus makanan untuk dibawa ke bilik. Masa tengah beratur nak bayar harga makanan tu, Aisyah macam ternampak seorang lelaki yang wajahnya seiras macam Rayyan. At first, Aisyah anggap lelaki tu just pelanduk dua serupa but bila Aisyah dengar kawan-kawan dia panggil dengan nama Rayyan, Aisyah macam ….. you know how I feel,right?”
Baru sahaja Fakhirah Anati ingin membuka mulut untuk berbicara, Aisyah Shakirah sudah memotong terlebih dahulu. “ Tapi apa dia buat dekat UKM. Setahu Aisyah, dia sekarang dekat Ireland”.
“Astaghfirullah! Maybe Ana lupa nak cerita dekat Aisyah. Rayyan ambil twinning program RCSI – UKM. Mungkin dia dah habis belajar dekat sana , tu yang sambung UKM pula.”
“ That means after nie tak mustahil lah kalau Aisyah boleh terserempak dengan dia lagi. Dahlah fakulti yang sama, dalam satu bangunan pulak tu. Allahu Robbi! Cabaran apa nie Ana. Aisyah takut Aisyah tak kuatlah.”
“ Aisyah, Allah menguji setiap hambaNya mengikut kadar kemampuan hambaNya juga. Mungkin jiwa Aisyah sebenarnya sudah cukup kuat untuk menghadapi semua ni, cuma diri Aisyah sahaja yang tidak berasa yakin. Allah memberi kita ujian hidup untuk melihat sedalam mana cinta kita kepada Dia. Sahabatku, kuatkanlah dirimu. Disebalik kelembutan seorang wanita, terdapat kekuatan yang luar biasa. Lupakan semua kenangan antara Aisyah dan Rayyan. Seandainya Muhammad Afiq Rayyan memang sudah ditetapkan sebagai pelindung buat Aisyah Shakirah,masanya akan tiba jua” terang Fakhirah Anati panjang lebar.
Aisyah Shakirah tersenyum.
„Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah mengurniakan seorang sahabat yang sentiasa membimbingku ke jalan-Mu‟ desis Aisyah Shakirah di dalam hatinya.
**********
Usai sahaja membuat revision untuk subjek yang akan dipelajarinya pada esok hari, Rayyan bergegas ke bilik air untuk mengambil wuduk. Kemudian, dia menghamparkan sejadah berwarna biru tua miliknya. Sudah menjadi rutinnya sejak di alam persekolahan lagi untuk melakukan solat-solat sunat sebelum tidur.
“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diri daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan isteri dan keluarga.
Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu, terbaik buat agamaku, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku.
Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba, maka aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.
Ameen.
**********
DUA TAHUN KEMUDIAN
“Abang! Jomlah makan. Aisyah dah siapkan hidangan makan malam untuk kita.” Terdengar suara lembut dan halus Aisyah Shakirah memanggil suaminya.
“Wait, dear! I‟m coming.” sahut Rayyan dari arah ruang tamu. Dia baru sahaja selesai mentadabbur surah Yusuf. Rayyan tersenyum manis sambil meraih kedua – dua tangan milik isterinya. “Kalau hari – hari macam nie, abang boleh jadi macam The Hulk.Hahahaha…..”.
Aisyah Shakirah turut ketawa mendengar jenaka suaminya itu.
“Walaupun suatu hari nanti badan abang tak ubah macam The Hulk, kasih Aisyah tetap untuk abang selamanya…..” jawab Aisyah Shakirah seraya mencuit hidung suaminya.
“Aisyah, terima kasih sebab sudi menjadi bidadari abang di dunia dan in sha Allah di syurgaNya juga. Walaupun kita terpisah tanpa khabar berita, akhirnya Allah temukan kita kembali bersama dengan sebuah ikatan yang halal dan suci” tutur Rayyan tulus dari hatinya.
“Alhamdulillah. Betullah apa yang Ana cakap dekat Aisyah dulu. Kalau memang betul abang jodoh Aisyah, Allah pasti akan satukan kita cuma masanya cepat atau lambat je. Allah tu The Best Planner, kan abang” balas Aisyah sambil tersenyum.
Muhammad Afiq Rayyan mengangguk sebagai tanda setuju terhadap butir bicara isterinya.
“ After kita loss contact, Aisyah pernah teringat dekat abang tak?”
“Abang rasa macam mana?” jawab Aisyah Shakirah berteka teki dengan suaminya.
“Ish….. dia nak main teka teki lah pulak. Abang bagi cengkaman ketam baru tahu” ujar Afiq Rayyan sambil membuat isyarat tangan untuk mencubit pipi Aisyah Shakirah.
“Honestly, perasaan tu memang ada. Memang sakit dan pedih bila kena hadapi semua tu dulu tapi bila Aisyah fikirkan balik, wajarkah Aisyah lebih teringatkan abang berbanding Allah. Alhamdulillah,rupa-rupanya Allah nak hadiahkan Aisyah sesuatu yang sangat indah dan bahagia dengan menjadi zawjah abang.”
Muhammad Afiq Rayyan memeluk bahu Aisyah Shakirah.Erat.
“Allah,sakit bang!” getus Aisyah Shakirah menahan kesakitan.
“Sorry,sayang. Aisyah okay tak nie?”
“Baby tendang perut tadi. Ishh, nakalnya anak abi nie. Mesti dah lapar ye” kata Aisyah Shakirah sambil ketawa.
Afiq Rayyan mengusap perut Aisyah Shakirah yang sedang mengandung 7 bulan itu. “Hahahaha. Jom kita makan. Abi pun dah lapar. Umi lah nie dari tadi tak nak berhenti berbual.”
Aisyah Shakirah membulatkan mata sambil mencubit lengan suaminya. Lantas, mereka berdua serentak ketawa.
Bahagia sampai ke syurga!
-TAMAT-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan