Salam Aidiladha diucapkan buat semua umat Islam tidak kira
di mana jua anda berada. Kedatangan 10 Zulhijjah ini saban tahun dinantikan.
Kerana apa? Ini kerana seluruh umat Islam menantikan satu lagi perayaan
terbesar yang dikenali sebagai Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji yang
sinonim dengan ibadah penyembelihan korban.
Tahukah kita, dalam menjalani ibadah ini ada beberapa amalan
sunnah yang boleh kita lakukan bagi melipat gandakan amal ibadah di sisiNya,
insyaAllah.
Berikut disenaraikan;
1. Berpuasa sunat bermula dari 1 hingga 9 Zulhijjah.
2. Menunaikan ibadah haji bagi mereka yang berkemampuan.

