Antara isunya adalah Fir’aun
akan mengetuai pengikutnya dihumban ke neraka.
Mustahil si jahat bergerak seorang diri melakukan kemusnahan pada
alam ini. Gerak lakunya mesti bersokong. Mesti ada belakang tempat dia
bersandar. Mesti ada "balaci, macai atau algojo" yang menjalankan
segala arahan jahatnya. Pendek kata, setiap manusia zalim mesti ada pengikut
bodoh yang menyimpan beku akal kurniaan Allah pada mereka demi sedikit
kedudukan di sini si zalim. Golongan ini dicaci agama sebagai sabda Rasulullah
SAW:
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِلَمْأَرَهُمَ اقَوْمٌمَعَهُمْ سِيَاطٌ
كَأَذْنَا بِالْبَقَرِيَضْ رِبُونَبِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَ
اتٌعَارِيَاتٌمُ مِيلَاتٌ مَائِلَاتٌرُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِالْبُخْتِالْ
مَائِلَةِ لَايَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَايَجِدْ نَرِيحَهَا وَإِنَّرِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ
كَذَاوَكَذَا
Terjemahan hadith diambil dari Syarh Sahih Muslim karangan Imam
al-Nawawi, ertinya: 2 golongan ahli neraka yang belum aku temui iaitu, (1)
kaum (petugas pemerintah yang zalim) yang memiliki cemeti seperti ekor lembu
dan memukul manusia dengannya, juga (2) wanita yang berpakaian tetapi
bertelanjang (berpakaian jarang, ketat sehingga menampakkan susuk tubuh),
mereka juga menyimpang daripada ketaatan (kepada Allah kerana tidak menjaga
kehormatan diri), cenderung (kepada kaum lelaki dan menarik perhatian lelaki dengan
lenggok jalan dan pergerakan bahunya). Kepala mereka bersanggul seperti bonggol
unta. Mereka tidak akan memasuki syurga dan tidak berpeluang mencium baunya
walaupun bau syurga itu dapat dihidu dalam tempoh perjalanan sekian dan sekian
(jauh dan lamanya)(SahihMuslim).
Dosa mereka sebagai "anjing pekerja si zalim" memang
besar, namun dosa ketua mereka jauh lebih besar berganda.
Firman Allah SWT mafhumnya: Dan berkata pula orang yang kufur
ingkar kepada orang yang beriman: "Ikutlah jalan ugama kami, dan kami
sedia menanggung kesalahan kamu (kalau kamu mengira perbuatan itu salah)".
Padahal mereka tidak akan dapat menanggung kesalahan orang yang bersalah itu
sedikitpun, dan sesungguhnya mereka adalah berdusta. Dan sesungguhnya mereka
akan menanggung beban dosa mereka dan beban (dosa orang yang mereka sesatkan)
bersama dengan beban dosa mereka sendiri; dan sesungguhnya mereka akan ditanya
pada hari kiamat kelak tentang apa yang mereka pernah ada-adakan secara dusta
itu
(al-‘Ankabut [29:12-13]).
Antara manusia zalim yang "menduduki carta tertinggi
penzalim" sepanjang zaman adalah Firaun bapa angkat nabi Musa AS.
Kejahatannya tak terbayang dek fikiran manusia yang waras. Jika diberitahu
binatang sekalipun, binatang pun pasti terkejut besar dengan senarai panjang
jenayah Firaun. Bahana jenayahnya menyebabkan Firaun berada pada saf paling
depan ketika melangkah ke neraka kelak.
Firman Allah mafhumnya:
Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan Nabi Musa dengan membawa
ayat keterangan Kami, dan bukti (mukjizat) yang nyata: Kepada Firaun dan
kaumnya; “LALU KAUM FIRAUN MENURUT PERINTAH FIRAUN, SEDANG PERINTAHNYA ITU
BUKANLAH PERINTAH YANG BETUL. FIRAUN AKAN MENGETUAI KAUMNYA PADA HARI KIAMAT”
kemudian tetaplah ia akan membawa mereka masuk ke neraka. Dan seburuk-buruk
tempat yang dimasuki ialah neraka
(Hud [11:96-98]).
Dalam ayat lain, sekali lagi Allah menyebut ketua dan kepala
penjahat seperti Firaun akan terlebih dahulu disentap ubun-ubunnya untuk
dihumban ke neraka:
Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan
himpunkan mereka yang kafir itu beserta para syaitan di Padang Mahsyar,
kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling neraka Jahannam.
“SESUDAH ITU, SESUNGGUHNYA KAMI AKAN CABUT DARI SETIAP GOLONGAN, ORANG YANG
SANGAT DERHAKA KEPADA (ALLAH) AR-RAHMAN, DI ANTARA MEREKA.” Kemudian,
sesungguhnya Kami lebih mengetahui akan orang-orang yang lebih patut diseksa
dan dibakar dangan api neraka itu
(Maryam [19:68-70]).
Bagi pengikut Firaun pula, mereka turut mendapat pendahuluan azab
sejurus mereka dicabut nyawa dan menempati barzakh.
Firman Allah:
Ertinya: (Dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada
Allah) maka ia diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu daya mereka; dan
Firaun bersama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya, Mereka
didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (secara
berterusan semasa mereka berada dalam alam Barzakh); dan pada hari berlakunya
kiamat (diperintahkan kepada malaikat): "Masukkanlah Firaun dan pengikutnya
ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!" (Ghafir [40:45-46]).
Kisah malang Firaun dan para pengikutnya ini wajib menjadi pedoman
kepada kita agar tidak membuta tuli mengikut mana-mana ketua yang bakal menarik
kuat kita bersama mereka ke dalam neraka kelak. Jadilah manusia yang bijak
dengan memilih pemimpin yang betul agar kita bahagia di dunia dan di akhirat.
Semoga kita mengambil iktibar daripada tazkirah BADAR SEMESRA ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan