07 April 2010

Meeting Pertama BADAR SEMESRA

Pada 1 April yang lepas , Badan Agama, Dakwah dan Kerohanian Sekolah Menengah Sains Rembau telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi dan Lajnah bertempat di Bilik Persidangan , Blok Pentadbiran Sekolah Menengah Sains Rembau. Mesyuarat yang julung kali diadakan pada kali ini adalah bertujuan untuk merangka dan merancang beberapa program dakwah serta program-program yang memberikan manfaatkepada semua pelajar khususnya pelajar yang beragama islam.

Mesyuarat yang diadakan selepas solat isyak ini juga turut dihadiri oleh dua orang guru penasihat Badar Semesra iaitu Ustaz Nadzdarul Amir dan Ustaz Mohd Rozeli.

Pelbagai perancangan telah diatur dan dirancangkan. Moga apa yang bakal dilaksanakan nanti mendapat kerjasama dari semua pihak.

Tiada ulasan: