12 Ogos 2010

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum .. salam sejahtera

Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah SWT kerana masih lagi diberikan peluang kepada kita untuk menemui ramadhan pada tahun ini dan dapat melaksanakan ibadah dengan sebaiknya. Sewajarnyalah bagi kita yang mengakui diri kita beragama Islam menjaga tatatertib kita dan akhlak kita semasa bulan ramadhan.

Sesungguhnya bulan ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan penuh dengan pelbagai nikmat yanbg dikurniakan oleh Allah kepada kita. Sepertimana yang pernah diungkapkan oleh baginda Nabi SAW dalam hadis qudsi " Rejab itu bulan Allah, Syaaban itu bulanku dan Ramadhan itu bulan Ummatku".

Turut dinyatakan dalam hadis yang lain " Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan kesungguhan nescaya akan diampunkan segala dosa-dosanya yang sebelum dan yang terkemudian"

Bulan Ramadhan juga merupakan bulan latihan buat kita sebagai mukmin untuk menjadi muttaqin dimana dalam bulan ini pelbagai peristiwa yang telah berlaku dan pelbagai perintah turut diwahyukan kepada baginda SAW untuk disampaikan kepada ummatnya sepertimana yang dinyatakan dalam Al-Quran Surah Al-baqarah ayat 183 yang bermaksud "Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

Daripada peringatan yang disampaikan tadi, dapat kita ambil pengajaran bahawa perintah berpuasa ini telah diwajibkan kepada kita sepertimana yang diwajibkan kepada Ummat-Ummat terdahulu dan wajib bagi kita untuk melaksanakannya melainkan terdapat keuzuran yang menghalang kita daripada melaksanakannya. Semoga kita sama-sama dapat melaksanakan tanggungjawab kita sebaiknya insya Allah

Tiada ulasan: