29 Disember 2010

Azam Tahun Baru 1432 H

Assalamualaikum .. salam perjuangan buat semua warga BADAR

alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT diatas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita dan sewajarnya kita mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan. Alhamdulillah kita kini telah pun berada di penghujung bulan Muharram dan rasanya tak terlewat bagi kita untuk mengucapkan selamat tahun baru Hijrah 1432H dan selamat kembali ke medan perjuangan buat semua tolibah Sekolah menengah Sains Rembau.

Kebiasaan menjelang tahun baru kita tak dapat lari dari pada persoalan mengenai azam. Apa Azam tahun baru kita tahun ini ?adakah azam kita pada tahun lepas telah terlaksana atau terbantut ? dan menjelang sesi persekolahan yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi krew BADAR SEMESRA suka mengingatkan sahabat-sahabat agar sentiasa memperbaharui niat untuk berusaha mencapai kecemerlangan khususnya bagi para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti PMR dan SPM. mantapkan diri anda dan teguhkan pegangan anda moga-moga anda beroleh kejayaan yang cemerlang dan gemilang selain mengharumkan nama sekolah. Salam Perjuangan dari kami Krew BADAR Semesra

Tiada ulasan: