19 Januari 2011

Ceramah Bulanan Bulan Januari

Pada 14 Januari yang lalu, satu program ceramah bulanan telah dianjurkan di Surau Sekolah Menengah Sains Rembau. Ceramah yang julung kali diadakan secara bulanan pada kali ini dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunserling Sekolah Menengah Sains Rembau dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani (BADAR SEMESRA) dan Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah Sains Rembau. Program yang bermula selepas solat fardhu maghrib ini telah disertai oleh segenap warga semesra.

Ceramah telah disampaikan oleh Pengarah Urusan AlFaliheen Management, Ustaz Mohamad bin Mohshin. Tajuk ceramah yang disampaikan oleh beliau banyak berkisar kepada Halatuju Pelajar Muslim. Dalam ceramah yang disampaikan secara humor, ustaz yang juga merupakan salah seorang daripada bekas pelajar sekolah menengah kebangsaan agama pedas, banyak menyentuh tentang kekuatan dan keazaman yang perlu ada dalam diri seseorang pelajar khususnya dalam usaha mengejar kejayaan yang cemerlang khususnya di dunia dan akhirat. Pelbagai petua dan kaedah telah diterangkan kepada para pelajar khususnya bagi menguatkan lagi keyakinan dalam menghadapi dan menenpuh pelbagai cabaran dan dugaan

Tiada ulasan: