06 Februari 2011

LAWATAN BENCHMARK KE SDAR

assalamualaikum wth wbt (:


pada 18 hingga 19 haribulan januari 2011, pihak Badar Semesra telah ke sdar dengan tujuan benchmarking perjalanan organisasi badar mereka. seperti pengetahuan semua, Badar di semesra baru sahaja ditubuhkan tahun lepas. hal ini bermakna banyak kelamahan serta kesalahan yg perlu kami perbaiki demi mengukuhkan organisasi kami.


nama-namaa ahli badar yang menyertai benchmarking ini :
- Amir Zani
- Zulfadhli
- Khairul Zarin
- Ahamad Rahimi
- Ahmad Kamil
- Jazlee Arief
- Afiq Azmi
- Iqbal
- Ammar Safa Amin
- Arif Iskandar


majoriti ahli yang menyertai aktiviti ini ialah Majlis Tertinggi Badar sendiri. kami tiba di sdar pada pukul 5.30pm. kami disambut oleh guru penasihat, presiden dan beberapa ahli badar mereka.





sebelum kami bergerak ke asrama untuk membersihkan diri, kami sempat menyaksikan perlawanan ragbi under 15 diantara sdar dan stj. setelah selesai, kami bergerak ke dewan makan untuk makan malam di sana.






setelah itu, kami terus ke asrama untuk bersiap untuk solat maghrib di masjid mereka. Di sdar, pihak badar mereka memperkenalkan sistem satu solat, satu jemaah. sistem ini berfungsi supaya tiada yang masbuk pada solat maghrib dan isyak. sesiapa yang tidak dapat melaksanakan sistem ini akan dikenakan denda. jadi kami dikehendaki ke masjid pada pukul 7.00pm








selesai solat, kami ingin mengetahui sama ada sistem ini berfungsi atau tidak. ternyata sistem ini berjalan kerana tiada seorang pun yang masbuk. kadang-kala, masa yang terluang diantara maghrib dan isyak akan diadakan tazkirah daripada ustaz jemputan. selepas solat isyak, kami semua diarahkan untuk ke bilik gerakan badar mereka. bilik gerakan mereka penuh dengan kelengkapan IT dan lain-lain.


kami mengadakan sesi tukar fikiran dalam bilik gerakan itu. seperti biasa kami melakukan sesi taaruf dahulu sebelum memulakan perbincangan. nama yang sempat say ingat ialah presiden mereka, Ahmad Hafiz dan timbalannya, Muhamad Irshad. dari segi luaran, mereka berdua bagai langit dan bumi. presiden mereka bermuka suci manakala timbalannya bermuka seperti penjenayah terhebat abad ini. tapi dari segi dalaman, mereka seakan orang yang sama. Peramah dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi.


dalam sesi ini kami membentangkan cara pentadbiran organisasi masing-masing. pelbagai ilmu dan perkara baru yang telah kami perolehi. kami saling memberi pendapat dan pandangan untuk memperbetolkan kelemahan dan kecacatan masing-masing.


(presiden Badar SDAR)


(presiden Badar SMSR)


(Pengerusi Majlis)






perbincangan kami digulungkan oleh timbalan presiden badar sdar, Irshad. kata-katanya mengubah pemikiran kami serta memberikan suntikan semangat kepada kami untuk berubah. "ibaratkan ada sampah di tengah jalan. takkan kita ingin mengharapkan orang di belakang mengutipnya. kalau orang dibelakang pun berfikir perkara yang sama. sampai bila sampah itu ingin berada di situ? kitalah( pihak badar) yang perlu berfikir 'akulah orang yang perlu mengutip sampah itu'". kata-kata itulah yang membangunkan kami. bukan tidak tahu. tapi cuma lupa serta alpa. ribuan terima kasih kepada Irshad.


kami tamatkan perbincangan pada pukul 12:00pm. pihak badar sdar telah memberi majalah badar mereka sebagai cenderahati dan rujukan buat masa hadapan.




pada keesokan harinya, kami sempat bersiar-siar sekitar pekarangan sdar sebelum menunggu ketibaan van ke sini. setelah selesai meronda-ronda, guru penasihat badar sdar mempelawa kami untuk makan di kantin secara percuma. bak kata orang melayu, 'rezeki jangan ditolak'. Van sekolah tiba pada pukul 9.00am dan kami beredar pada pukul 9.15am.












tibanya kami di semesra pada pukul 10.00am dengan membawa azam serta pemikiran yang baru untuk memajukan Badar kami serta mengukuhkan kedudukannya di mata seluruh warga semesra. insyallah.


irshad : 'Allah takkan memberikan ujian yang kita tidak mampu untuk menghadapinya.'


Tiada ulasan: