15 Mac 2011

Majlis Pengisytiharan Solat Jumaat di Surau SEMESRA

Alhamdulillah, pada hari Jumaat, 15 Februari yang lepas, telah berjaya diadakan satu majlis Perisytiharan Solat Jumaat di surau SEMESRA. Setelah diperkenankan oleh Mufti Negeri Sembilan, pelajar-pelajar lelaki sekolah ini akan dapat menunaikan solat Jumaat di surau SEMESRA.





Majlis yang penuh sejarah ini telah dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Sdr Mohammad Najmuddin b. Najib.




Seterusnya adalah ucapan daripada Pengetua Cemerlang SEMESRA, Dato' Hj Azam b. Md Atan. 


Beliau melahirkan rasa terima kasih pihak sekolah kepada pihak Mufti Negeri Sembilan yang telah pun membenarkan solat Jumaat diadakan di surau sekolah. Beliau berjanji akan memastikan kebenaran bersolat ini tidak akan dipersia-siakan.




Kemudian giliran Mufti Negeri Sembilan Yg Berhormat Dato' Hj Mohd Yusof b. Hj Ahmad untuk memberikan sepatah dua kata dan seterusnya mengisytiharkan bahawa surau sekolah diberikan kebenaran untuk mengadakan solat Jumaat.Sekalung terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu dalam memastikan surau sekolah dapat digunakan untuk Solat Jumaat. Semoga usaha anda akan diberkati Allah jua.


peringatan! : di surau ni tak boleh buat solat sunat tahyatul masjid sebab bukan masjid.kene berterusan buat solat jumaat jika tidak akan dtarik balik.

Tiada ulasan: