05 Mei 2011

Pengenalan Usrah bersama Tingkatan 4

Pada 1 April 2011, Satu sesi penerangan mengenai usrah dan gerak kerja khususnya kepada Naqib dan naqibah tingkatan 4 telah diadakan di Surau Sekolah Menengah Sains Rembau. Taklimat dimulakan pada pukul 3 petang dan selesai pada pukul 4 petang. Sesi Penerangan dimulakan dengan ucapan Ketua Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Menengah Sains Rembau, Ustaz Rozeli bin Yahya. Sesi penerangan ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada naqib dan naqibah khususnya pelajar tingkatan 4 untuk memahami konsep usrah yang ingin diterapkan oleh badan dakwah sekolah dan tujuan usrah.

Taklimat telah disampai oleh penyelaras Badan Dakwah, Ustaz Nadzdzarul Amir. Badar tingkatan 4 juga diberi penerangan mengenai aktiviti dan tatacara usrah.Taklimat berkaitan pula telah disampaikan oleh Ustaz Muhd Haikal. Usrah akan dijalankan secepat yang mungkin pada setiap hari Jumaat. Semoga usrah yang bakal dijalankan akan dapat menyatukan hati dan mengikat kasih sayang sesama pelajar SEMESRA. Amin. Insya Allah.

Tiada ulasan: