02 Ogos 2011

PROGRAM IHRAM 2011 SELAMAT DILANCAR

Assalamualaikum dan Salam ramadhan

Pada 1 Ogos 2011, bertempat di Dewan Dato' Haji Azam telah berlangsung satu majlis pelancaran Program Ihya' Ramadhan Peringkat Sekolah Menengah Sains Rembau.Program tahunan Badan Dakwah dan Rohani Sekolah Menengah Sains Rembau dengan Kerjasama Panitia Pendidikan Islam ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Puan Pengetua Sekolah Menengah Sains Rembau, Puan Hajjah Norzila binti Idris.

antara objektif program ini dianjurkan ialah bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang kepentingan menghidupkan amalan dibulan Ramadan selain memberikan informasi dan maklumat berkaitan kelebihan ibadah puasa dan amalan-amalan sunat yang lain. Melalui program ini juga pihak Badan Dakwah dan Rohani SEMESRA memberi peluang kepada warga semesra untuk memperbanyakkan sedekah serta menggalakkan budaya tadarus dikalangan pelajar.

Dalam ucapan perasmian yang telah disampaikan sendiri oleh puan pengetua, beliau telah menyarankan kepada semua warga semesra untuk mengambil kesempatan dan peluang yang ada untuk melaksanakan amal ibadat dengan semaksima mungkin selain tidak melepaskan peluang untuk memohon limpahan rahmat dari Allah. Beliau juga menyarankan kepada semua warga untuk sama- sama mempertingkatkan amal ibadat khususnya di bulan yang mulia ini selain menginfakkan segala harta benda untuk jalan Allah.

Antara program yang telah dirancang sepanjang program ihya' Ramadhan ini berlangsung ialah Nur Pagi, Tadarus Alquran, Sehari 1 Tips,Tayangan Ramadhan, Majlis berbuka Puasa bersama Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan Pegawai SBP, dan banyak lagi. Program Penutup dijangka akan dilaksanakan pada 24 Ogos 2011 bersempena dengan hari akhir persekolahan sebelum cuti Hari Raya Aidil Fitri

Tiada ulasan: