20 Oktober 2011

PERLANTIKAN MAJLIS TERTINGGI BADAR 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 13 Oktober yang lalu telah diadakan satu majlis perlantikan Majlis Tertinggi Badan Dakwah Dan Rohani Sekolah Menengah Sains Rembau untuk sesi 2012.

Majlis telah diadakan selepas solat fardhu isyak dengan dihadiri oleh seluruh warga semesra dan telah dirasmikan oleh Bonda Pengetua Kanan Sekolah menengah Sains rembau,

Puan Hajjah Norzila binti Idris. Majlis telah dimulakan dengan solat maghrib diikuti dengan bacaan yasin dan solat isyak . Turut memberikan ucapan pada malam tersebut ialah Presiden BADAR 2011,

Saudara Amir Zani bin Ahmad. Dalam ucapannya, beliau mengharapkan agar kepimpinan yang baru dilantik akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih baik serta melaksanakan

Aktiviti kerohanian yang lebih mantap daripada apa yang pernah dilaksanakan sebelum ini.


 

Dalam ucapan perasmian pula, pengetua turut mengingatkan kepada semua warga semesra agar sama-sama memberikan sokongan dan kerjasama yang baik kepada semua pihak bagi memastikan

Generasi yang lahir dari semesra ini nanti akan menjadi insan yang berguna serta Berjaya bukan hanya dari aspek kecemerlangan pendidikan bahkan dalam usaha membangunkan sahsiah yang cemerlang dan terbaik.

Dalam majlis tersebut turut diumumkan majlis tertinggi Badan Dakwah dan Rohani bagi sesi 2012 yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Shahizam bin Harun , Penyelaras Badan Dakwah dan Rohani Sekolah Menengah Sains Rembau

Tiada ulasan: