07 Disember 2011

Nawaitu ??

Assalamualaikum .. salam sejahtera

Hari ini kita akan membincangkan tentang satu topic yang tak kurang hangat yang senantiasa menjadi persoalan dalam kita melaksanakan sesuatu tanggung jawab yang diamanahkan pada kita. Perkara tersebut ialah Nawaitu atau dalam bahasa mudah kita kata niat . Niat dari sudut bahasa ialah keinginan atau kehendak atau berhajat kepada sesuatu. Dari segi istilah pula Nawaitu ialah lafaz yang kita lintaskan dalam hati kita sebagai menyatakan hasrat kita dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

Niat Dalam Islam

Niat dalam islam merupakan salah satu daripada perkara yang penting dalam melakukan sesuatu kerja atau tugas atau tanggungjawab. Ianya berkait rapat dengan hati dan ia juga yang menantukan sama ada perkara yang ingin kita lakukan itu sama ada baik atau buruk. Sabda Rasulullah SAW dalam Hadis Baginda :

عن أبى حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه أن رسل الله صلى الله عليه وسلم قال

" إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل إمر ما نوى فمن كان هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله

ومن كان هجرته لدنيا أو امرأة يتزوجها فهجرته إلى ما هجر اليه"

Yang bermaksud " Daripada Abu Hafsah, Umar bin Alkhattab R.A telah bersabda Rasulullah SAW " Setiap perbuatan itu didahului dengan niat dan setiap perbuatan bergantung kepada niat , barang siapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya , Maka dia akan memperoleh Allah dan Rasul , dan barangsiapa yang berhijrah kerana keduniaan atau kerana wanita yang ingin dinikahi nescaya dia akan dapat apa yang diniatkan.

Daripada hadis diatas dapat kita simpulkan bahawa setiap perbuatan bergantung rapat dengan apa yang kita niatkan dan setiap apa yang kita lakukan akan diperoleh ganjarannya bergantung kepada apa yang diniatkan. Justeru sebagai seorang yang bergelar muslim besempena dengan tahun baru hijrah 1433 ini marilah sama-sama kita membetulkan niat dan nawaitu kita agar apa yang kita hajati akan mendapat rahmat serta maghfirah Allah . wassalam

Tiada ulasan: