31 Julai 2012

Program Berbuka Puasa dan Solat Tarawih Bersama Pegawai SBP

Assalamualaikum..

Pada petang tadi telah diadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama dengan tetamu dari Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan iaitu Ketua Unit Dasar & Pengurusan Kualiti, Encik Anuar Adnan bin Ismail dan Ketua Unit Perjawatan & Pengurusan Sekolah, Hajah Zakiah binti Shafie.



Pada petangnya juga telah diadakan pertemuan tertutup bersama dengan pelajar- pelajar tingkatan 3 dan 5 yang bakal menduduki peperiksaan percubaan bermula 1 Ogos 2012. Dalam pertemuan yang diadakan selama satu jam, para pelajar telah diberikan beberapa makluman dan informasi berkaitan dengan peperiksaan serta persediaan yang perlu dilakukan menjelang peperiksaan. 

Pada sebelah malamnya, tetamu telah turut sama berbuka puasa dan bertarawih bersama para pelajar dan warga Semesra di Surau Semesra yang diimamkan oleh Ustaz Nadzdzarul Amir bin Mohyeddin. 

Daripada dapatan yang diperolehi, kedua tetamu berpuas hati dengan layanan dan kerjasama yang telah diberikan. Beliau sempat memberikan pesanan supaya melipatgandakan usaha untuk membangunkan generasi pelajar yang berwibawa dan berketerampilan disamping tidak mengetepikan aspek kerohanian yang merupakan asas yang cukup penting dalam kemenjadian murid. 




Tiada ulasan: