14 Ogos 2012

Majlis Khatam AlQuran Dan Penutupan Program Ihram 2012

Pada hari ini sedang berlangsung, Majlis Khatam AlQuran dan Penutupan Program Ihya' Ramadhan 2012 Sekolah Menengah Sains Rembau. Program ini merupakan satu-satunya program yang dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) Sekolah Menengah Sains Rembau dengan kerjasama Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus. 


Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Kaunseling MAINS, En. Khairul Niza bin Mohd Salleh.Program telah dimulakan dengan Ceramah Agama yang telah disampaikan oleh Ustaz Wan Aminudin bin Wan Abdullah, Pegawai dari Pusat Kaunseling MAINS yang bertajuk Ramdhan: Pemergiannya Ditangisi....Aidil Fitri Kedatanganmu Disyukuri.  Majlis Khatam Al-Quran pula telah dipimpin oleh Ustaz Nadzdzarul Amir bin Mohyeddin. Seramai 80 orang pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan 1,2 dan 4 terlibat menjayakan slot khatam Alquran. Dalam majlis yang sama, En. Khairunniza turut sudi menyampaikan sumbangan Saham Akhirat kepada 200 orang penerima yang terdiri daripada anak-anak pelajar yang terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan anak yatim. Beliau juga turut menyampaikan hadiah bagi pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang program Ihya' Ramadhan. Bagi pihak Badan Dakwah dan Rohani Sekolah Menengah Sains Rembau dan Seluruh warga Sekolah Menengah Sains Rembau ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang sudi menaja dan bersama-sama menganjurkan Program Khatam Al Quran peringkat Sekolah Menengah Sains Rembau. 

Tiada ulasan: