10 September 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM JPNNS

Assalamualaikum .. kami mewakili warga sekolah menengah sains rembau ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan percubaan SPM JPNNS kepada semua pelajar tingkatan 5 (Batch Prodigy). Semoga kalian beroleh kejayaan yang cemerlang didalam peperiksaan nanti.

Selain daripada itu kami juga ingin mengingatkan bahawa setiap kejayaan yang ingin diraih perlulah ada pengorbanan yang sepadan dengannya. Janganlah kita lalai dan leka dengan perkara-perkara yang boleh merugikan kita. Sewajarnya sahabat-sahabat sekalian, kita mencontohi kejayaan yang telah ditunjukkan oleh sahabat-sahabat kita yang terdahulu(Batch Veledictorian) yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan kejayaan yang membanggakan. Justeru itu sama-samalah kita menggembling tenaga berusaha untuk mencapai kejayaan yang kita impikan

Selamat Maju Jaya buat Semua Batch Prodigy dan Veledictorian Semesra

Wassalam…

Tiada ulasan: