19 Oktober 2012

Program Lepas PMR : Kursus Amali Haji Tingkatan 3

Assalamualaikum..

Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah Sains Rembau telah menganjurkan Kursus Amali Haji khusus untuk para pelajar tingkatan 3 pada tahun ini. Program yang dianjurkan buat kali ke 2 untuk tahun ini telah mendapat kerjasama daripada pihak Tabung Haji Daerah Rembau dan diadakan di Dewan Dato' Haji Azam, Sekolah Menengah Sains Rembau. Program yang bertujuan memberikan maklumat serta ilmu pengetahuan berkaitan ibadah Haji ini telah disampaikan oleh pegawai Tabung Haji Daerah Rembau, Tuan Haji Mohktar. Program ini melibatkan pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Sains Rembau bermula jam 8.30 pagi dengan penerangan berkaitan teori perlaksanaan ibadah Haji dan disusuli dengan perlaksanaan amali pemakaian Ihram dan perlaksanaan tawaf. 








Program ini turut disertai beberapa orang guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Sains Rembau dan program ini berakhir pada jam 12.30 tengahari. Daripada komentar yang kami dapati daripada para peserta yang menyertai kebanyakannya merasa teruja untuk mengerjakan ibadah haji serta mengunjungi Baitullah Al-Haram serta menziarahi Maqam Nabi Muhammad SAW. 

Tiada ulasan: