09 Februari 2017

CERAMAH AGAMA BERSAMA PU RAIHAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjsama Badan Dakwah dan Rohani SM Sains Rembau telah mengadakan ceramah agama bertempat di Dewan Dato' Haji Azam, Semesra. Program yang merupakan acara sulung dalam kalender aktiviti kerohanian ini telah disampaikan oleh Pencetus Ummah Raihan.

Dalam ceramah yang disampaikan, beliau banyak menyentuh berkaitan keabadian cinta yang sebenar. Dalam konteks kehidupan remaja pada hari ini, remaja kerap kali terdedah kepada kesalahfahaman berkaitan cinta dan banyak keburukan yang berlaku dengan sebab penyalahgunaan cinta. Menurut PU Raihan lagi, sebagai seorang remaja muslim, kita perlulah mencintai Allah dan Rasul SAW sebelum mencintai yang lain. Beliau turut menyebutkan berkaitan dengan pengurusan diri seorang remaja muslim.

Majlis ini turut dihadiri oleh Puan pengetua Puan Hajah Norzila Idris, GKMP Kemanusiaan, Puan Hajah Hamidah Hanib serta guru-guru dan para pelajar Semesra. Majlis berakhir jam 11.30 pagi.

Tiada ulasan: