01 Mei 2017

CERAMAH AGAMA BERSAMA TARBIYAH SENTAP


Panitia Pendidikan Islam SM Sains Rembau dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani SM Sains Rembau dan Surau An-Nur SM Sains Rembau telah menganjurkan satu ceramah kesedaran bertempat di Dewan Dato' Haji Azam, Semesra. Program yang merupakan ceramah yang kedua diadakan pada tahun ini selepas program bersama PU Raihan pada bulan Februari yang lepas. 







Ceramah pada kali ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan yang merupakan salah seorang daripada penyelaras dan penulis buku Tarbiyah Sentap iaitu Ustaz Ahmad Shukrey bin Azizan. Program ini turut dihadiri oleh Puan pengetua, Puan Hajah Norzila binti Idris. 


Dalam ceramah yang disampaikan, ustaz telah menjelaskan mengenai salah faham berkaitan tarbiyah sentap dan bagaimanakah bentuk tarbiyah dan dakwah yang boleh dilakukan dalam menarik perhatian dan pandangan mad'u. 

Beliau turut menyelitkan penerangan beliau dengan cerita-cerita berkaitan pengalaman beliau dalam dunia dakwah serta memberikan nasihat dan panduan terhadap pendakwah-pendakwah muda. Majlis berakhir jam 10.00 malam. Kebanyakan audian berpuashati dengan penerangan dan ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz. Terima kasih Ustaz. 

Tiada ulasan: