15 Mac 2018

“ CERAMAH : TUJUH PETALA CINTA ”

Program ceramah ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya. Majlis ini merupakan salah satu program bersama antara pihak HEM dan BADAR Sekolah yang bermatlamatkan untuk mewujudkan iklim Diini di sekolah. Program seumpama ini amat bermanfaat dan patut diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

Majlis bermula dengan kehadiran Penceramah, Datin Zainah binti Ahmad Sisman, Pengetua Semesra, guru-guru, warden dan para pelajar ke Dewan Sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis Saudara Najmi. Majlis diteruskan dengan pengisian ceramah oleh Ustazah Nik Norsaha dengan tajuk tujuh petala cinta. 


Tajuk ini berkaitan dengan velentaine day yang selalu diraikan oleh remaja kini. Antara isi yang dikupaskan ialah menjauhi 6 petala zina iaitu 3 di dunia dan 3 di akhirat. Di dunia, rezeki menjadi sempit, putusnya ajal dan hilang seri muka. Manakala di akhirat pula Allah akan murka, hisab menjadi berat dan menjadi bahan api neraka. Penceramah menutup dengan menasihati mencari kunci barakah dalam kehidupan iaitu cintai Allah,bersyukur dengan nikmat tuhan, kerja itu ibadah, amanah dan hidup kena infaq ( memberi ).

Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian cenderamata oleh Puan Pengetua kepada Penceramah. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan di kantin sekolah.Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pentadbiran Sekolah Menengah Sains Rembau yang menjadi tunjang kepada kejayaan program ini khususnya Pengetua Datin Zainah binti Ahmad Sisman. Semoga majlis seperti ini dapat dijalankan pada mas-masa hadapan.

Tiada ulasan: