05 November 2010

Pergi nya Aku Untuk Berjihad...

Duduk ku sendiri di malam yang suram ini. Jam di dinding menunjukkan pkul 3.00 a.m. Aku tertnya-tnya kanapakah aku tidak lena dibuai mimpi seperti orang lain? Berjam-jam aku termenung di hadapan laptop memikirkan tajuk blog ini. Mengapa begitu lama untuk ku memikirkan tajuk blog ini? itu lah yang bermain di minda ku. Dalam ku runsing memikirkan tajuk blog ini. Tiba-tiba perasaan sedih hadir di hati ini. Mengapa aku tiba-tiba sedih? itulah yang aku bertnyakan dri kepada diriku.

Lalu fikiran ku tertumpu kepada perasaan yang hadir pada jiwa ini. Setelah begitu lama aku cube merungkai perasaan misteri ini. Ku telah menemui jawapan nya. Rupa-rupanya ku sedih kerana terpaksa kembali ke SEMESRA, ku sedih kerana terpaksa meninggalkan keluargaku, ku sedih kerana terpaksa meninggalkan segala-galanya aku miliki dan ku sedih kerana terpaksa menghadapi peperiksaan akhir tahun tidak lama lagi.

Dalam keheningan malam ini. Ku cuba menghiburkan hati yang sedih ini. Ku cube bermain game, Ku cube berchating dan bermacam-macam lagi. Tetapi ku lupa bahawa kesedihan ini adalah satu pengorbanan yang harus ku terima untuk menuntut ilmu. Sesungguhnya aku ke SEMESRA untuk menuntut ilmu. Aku juga mengetahui sesungguhnya menuntut dan menyampaikan ilmu itu amat besar manfaatnya kepada individu dan masyarakat umat Islam. 

Lantas ku teringat akan firman Allah s.w.t.: 
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Mujadilah, 58: 11)



Daripada Firman itu ku teringat akan satu ceramah yang pernah aku hadiri. Dalam ceramah tersebut ku masih ingat lagi kata-kata yang dikeluarkan oleh penceramah tersebut iaitu; Setiap manusia diberi peluang untuk menuntut ilmu, akan tetapi tidak semua orang menyahut peluang yang tersedia itu. Kemiskinan dan perkahwinan bukan suatu masalah bagi orang yang ingin menuntut ilmu. Orang miskin yang berilmu lebih baik daripada orang kaya yang bodoh. Hal ini kerana orang miskin yang berilmu dan menggunakan ilmu yang dimilikinya maka ilmunya akan bertambah, akan tetapi orang kaya yang sentiasa menggunakan hartanya maka harta tersebut lambat laun akan habis dan kemungkinan dia akan jatuh miskin.

Kata-kata itu sama makna nya dengan kata Abdullah bin Abbas yang berbunyi: “Ilmu akan menambah kemuliaan orang yang mulia, dan meninggikan darjat pemiliknya di tengah manusia, serta menundukkan para raja laksana tawanan"

Ku insaf seketika namun perasaan sedih masih tidak hilang dalam diri ku. Ku cuba bertanyakan diri ku. Adakah aku ikhlas menuntut ilmu? Mengapakah aku menutut ilmu? Apakah faedah aku menuntut ilmu? Dalam keadaan ku terpinga-pinga menjawab soalan yang aku sendiri kemukakan, aku teringat akan seorang para ulama yang mukhlisin iaitu Imam Hammad Abu Salamah.

Imam  Hammad adalah orang yang dipandang hebat dan amat digeruni. Keunggulan sahsiahnya dapat dirasai oleh orang yang pernah bertemu dengannya atau duduk dalam majlisnya. Rasa gerun orang kepadanya itu bukan lah kerana wajahnya tetapi Allah jualah yang mencetuskan rsa gerun di dalam hati orang ramai. Sehingga pentadbir ketua basrah, Iraq iaitu Muhammad bin Sulaiman rasa gerun kepadanya lantas bertanya "Wahai Abu Salmah! kenapa setiap kali aku melihat engkau, aku rasa gerun dan menggeletar," Lalu Jawab Imam Hammad "Seorang yang alim itu apabila dia semata-mata mengharapkan redha Allah s.w.t. dengan ilmu yang dimilikinya, maka segala sesuatu akan rasa takut kepadanya." Lantas Ibnu Sulaiman pun mengangguk berkali-kali tanda faham. "Namun, seorang alim itu, kalaulah dengan ilmu yang dimiliki berniat untuk menumpukkan kejayaan, maka dia pula akan takut kepada segala sesuatu," sambung Imam Hammad lagi.

Masya-Allah, demikianlah wibawa dan sahsiah ulama silam. Aura takwa dan ikhlas yang bersinar dalam jiwa mereka telah menyimbahkan cahaya kemuliaan (izzah) ke wajah dan seluruh anggota. Dari kisah itu ku cuba merubah perspektif ku mengenai ilmu. Bahawa ku belajar kerana Allah, Ku ingin mendapat keredhaan menuntut ilmu nya dan Ku akan tuntut ilmu walau dimana-mana demi keredhaan nya. Biarlah kejayaan ku di atas muka bumi ini dia yang tentukan. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tuntut lah ilmu hingga ke negeri Cina"


Dengan itu, Biarlah aku menderita di SEMESRA demi menuntut ilmu ALLAH s.w.t.


Written By: Amir Zani (BADAR SEMESRA)



Tiada ulasan: