Pada 22 Februari yang lalu, Badan Dakwah dan Rohani SM Sains Rembau dengan kerjasama Surau An-Nur SM Sains Rembau telah mengadakan program ceramah agama yang bertajuk " Manisnya Berjamaah" Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafiz bin Mahmud dari SMKA Sheikh Mohd Said ( SHAMS) Seremban. Ceramah yang bermula selepas solat fardhu maghrib ini telah dipengerusikan oleh Saudara Aminuddin bin Mohd Zaiki merangkap Pengerusi BADAR Semesra.
Beliau turut menyarankan agar amalan berjamaah ini diterapkan dalam kehidupan pelajar seharian kerana berjemaah memberikan impak yang cukup besar dan berkesan dalam kehidupan pelajar terutamanya pelajar yang tinggal di asrama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan