17 Mac 2017

Taklimat Penerangan Badar Semesra 2016/2017


Pada 11 Mac 2017 yang lalu, Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR) SM Sains Rembau telah mengadakan satu  sesi penerangan berkaitan pengurusan Badan Dakwah dan Rohani bertempat di Surau An-Nur, SM Sains Rembau. Program yang merupakan agenda tahunan BADAR ini telah dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Badan Dakwah dan Rohani SM Sains Rembau, Saudara Ahmad Zharfan bin Jalil. 

Program ini bertujuan memberikan penerangan kepada semua warga semesra berkaitan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh pihak BADAR Semesra.
Program ini telah berlangsung sejurus selesai solat fardhu maghrib dan turut dihadiri oleh guru-guru penasihat Badan Dakwah dan Rohani SM Sains Rembau iaitu Ustaz Nadzdzarul Amir bin Mohyeddin, Ustazah Haslinda binti Ramlee dan Ustaz Shahiful Izuan bin Ismail. 

Taklimat berkaitan bidang tugas BADAR dan pengenalan Ahli Jawatankuasa BADAR SM Sains Rembau telah disampaikan oleh Pengerusi BADAR, Saudara Mohd Diniz Tuhfah bin Nizar. Dalam taklimat tersebut, Diniz telah menjelaskan fungsi BADAR yang sebenar serta bidang tugas yang perlu dilaksanakan oleh Jawatankuasa BADAR. Beliau turut memberikan beberapa nasihat dan saranan kepada warga semesra agar memberikan kerjasama kepada pihak BADAR untuk menjayakan setiap aktiviti dan program kerohanian yang dilaksanakan yang dianjurkan oleh BADAR. 



 barisan pimpinan HELWA BADAR Semesra 



Majlis turut memberikan peluang kepada barisan guru-guru penasihat Badan Dakwah dan Rohani Semesra untuk memberikan ucapan. Ustaz Nadzdzarul Amir bin Mohyeddin telah mewakili guru-guru memberikan ucapan serta memetik kata-kata daripada hadis Nabi SAW
حديث عبدالله بن عمر رضى الله عنه، أنّ رسول الله صلّى الله عليه وسلّم، قال: كلّكم راع فمسؤل عن رعيّته، فالأمير الّذى على النّاس راع وهو مسؤول عنهم، والرّجل راع على أهل بيته وهومسؤل عنهم، والمرأة راعية على بيت بعلها وولده وهى مسؤلة عنهم، والعبد راع على مال سيّده وهو مسؤل عنه، ألا فكلّكم راع وكلّكم مسؤل عن رعيّته.
أخرجه البخارى 
Hadits dari Abdullah bin Umar r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang imam (amir) pemimpin dan bertanggung jawab atas rakyatnya. Seorang suami pemimpin dalam keluarganya dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang isteri pemimpin dan bertanggung jawab atas penggunaan harta suaminya. Seorang pelayan (karyawan) bertanggung jawab atas harta majikannya. Seorang anak bertanggung jawab atas penggunaan harta ayahnya. (HR. Bukhari)

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dengan adanya kerjasama daripada semua pelajar . Pihak Badar berharap agar kami dapat menjalankan aktiviti dakwah kami dengan baik sepanjang tahun ini . 

Tiada ulasan: