Serulah manusia ke
jalan tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik…”
(An-Nahl: 125)
Kita hidup pada zaman yang serba canggih, segalanya berada di hujung jari dan gadjet seolah-olah telah menjadi bayang-bayang manusia pada hari ini.
Kita hidup pada zaman yang serba canggih, segalanya berada di hujung jari dan gadjet seolah-olah telah menjadi bayang-bayang manusia pada hari ini.
Perkembangan teknologi
ini sering dimanfaatkan oleh para mendakwah untuk menyampaikan pesanan-pesanan
Tuhan secara lebih mudah dengan sasaran dakwah yang lebih tinggi.
Saya agak aktif di media
sosial, sayang menghabiskan hampir sejam sehingga tiga jam sehari untuk
meniliti perkembangan yang sedang berlaku di sana, termasuk tulisan-tulisan
sahabat maya yang ada.
Secara umumnya saya
melihat budaya ‘menegur kesalahan’ dalam kalangan penghuni maya semakin subur,
namun malangnya terlalu ramai daripada golongan ini yang terlupa asas-asas
menegur yang telah digariskan oleh agama.
Kegopohan dalam
menghukum seseorang dengan bahasa yang kurang sopan dan penuh emosi telah
memerangkap kebanyakkan orang tanpa mengira latar pengetahuan agama mereka.
Tegurlah dengan nama Tuhanmu!
Terlalu banyak panduan
yang boleh kita temui melalui bahan bacaan yang tersedia di media sosial atau
buku-buku agama berkenaan memberi teguran.
Hari ini saya ingin
berkongsi beberapa, mudah-mudahan ia akan memberi manfaat kepada kita semua.
Segala hal yang
dilakukan di muka bumi ini adalah berlandaskan niat, jadi seperti mana Imam
Nawawi meletakkan hadith berkenaan niat dalam Hadith 40 Imam Nawawi, saya akan
meletakkan niat dalam senarai kaedah memberi teguran.
Sekiranya niat kita
untuk memberi peringatan kepada saudara kita, maka pasti kita datang dengan
penuh kasih sayang dan kelembutan.
Berbeza jika niat
asalnya adalah semata-mata untuk menghukum dan memalukan, pasti kaedah yang
kasar dan agresif akan menyusul.
Kedua, tegurlah tanpa
memalukan sesiapa.
Apabila teguran dan
nasihat yang kita berikan mendatangkan rasa malu terhadap orang maka
kemungkinan besar teguran yang kita berikan akan menjadi sia-sia.
Manusia penuh dengan
emosi dan sensitiviti yang perlu dijaga, dan jika saya ditegur dalam keadaan
memalukan diri, maka saya akan berasa sakit hati dan dizalimi membuatkan saya
merasakan teguran yang diberikan adalah semata-mata untuk memalukan.
Solusi yang paling mudah
untuk tidak memalukan orang yang ditegur, maka tegurlah secara rahsia atau
berdua.
Al Hafizh Ibnu Rajab
berkata:
Apabila para salaf
hendak memberikan nasihat kepada seseorang, maka mereka menasihatinya secara
rahasi. Barangsiapa yang menasihati saudaranya secara berdua maka itulah
nasihat. Dan barangsiapa yang menasihatinya di hadapan orang banyak maka
sebenarnya dia mempermalukannya.”
(Jami’ Al ‘Ulum wa Al
Hikam, halaman 77)
Seterusnya, nasihatlah
seseorang dengan bahasa yang sopan dan lemah lembut.
“Maka berbicaralah
kamu berdua kepadanya (Fir’aun) dengan kata-kata yang lemah lembut.” (QS. Ath Thaha: 44)
Islam adalah agama yang
tegas terutamanya berkaitan akidah, namun Islam bukanlah agama yang bengis
dalam bab memberi tegursan sesama muslim.
Manusia yang kita ingin
tegur adalah mereka yang berkemungkinan besar telah melakukan kesilapan
lantaran kurangnya kesedaran atau hati yang sudah sedikit keras dan angkuh
terhadap Tuhan.
Sekiranya kita datang
dengan cara yang keras, menyentapkan dan bengis, maka pastinya orang yang ingin
didakwah akan berasa diintimidasi.
Saya selalu mengingatkan
kepada diri saya, jangan kerana kesilapan saya memberi teguran kepada manusia
lain berkenaan Tuhan, dia semakin menjauh daripada Tuhan, itu benar-benar mimpi
ngeri.
Kita juga harus sedar
bahawa teguran yang kita terima tidak semestinya akan diterima oleh semua
orang.
Kita harus sedar bahawa
kita hanyalah orang yang menyampaikan kalimah-kalimah Tuhan, bukanlah orang
yang akan melemparkan hidayah ke hati manusia, itu kerja Tuhan.
Kita juga seharusnya
memperingatkan diri kita, boleh jadi kita salah menilai situasi sebenar
sehingga tersalah faham dengan tindakan mereka yang kita ingin tegur.
Oleh itu, penting juga
untuk kita memberikan ruang kepada orang yang kita tegur untuk memberi
penjelasan tentang kejadian sebenar yang mungkin kita telah tersalah anggap.
Ibnu Hazm Azh Zhahiri
mengatakan:
Janganlah kamu memberi
nasihat dengan memberi syarat nasihatmu harus diterima. Jika kamu melanggar
batas ini, maka kamu adalah seorang yang zalim…”
(Al Akhlaq wa As
Siyar, halaman 44)
Ada banyak lagi tips dan
kaedah untuk menegur yang dianjurkan oleh agama, saya menyenaraikan beberapa
dengan harapan para pembaca akan cuba untuk terus mengkaji dan mencari lagi
kaedah-kaedah yang mungkin sesuai untuk diamalkan ketika menegur seseorang.
Sebelum mengakhir
tulisan ringkas ini, saya ingin membawakan satu kisah yang agak popular tentang
kaedah menegur yang telah ditunjukkan oleh cucu Rasulullah SAW;
Diceritakan cucu
Rasulullah s.a.w., Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin ada menyaksikan
seorang tua yang berwuduk secara yang tidak betul. Dengan bijaknya mereka cuba
mencari penyelesaian untuk menegur orang tua tersebut supaya orang tua itu
tidak berkecil hati atau terasa malu. Lantas mereka memanggil orang tua
tersebut dan meminta tolong agar dia menilai cara berwuduk mereka berdua, mana
yang salah dan mana yang betul. Selepas melihat cara berwuduk kedua-dua cucu
Rasulullah s.a.w. itu, orang tua tersebut sedar akan kesilapannya dan
berkata,”Kamu berdua tidak salah. Kedua-duanya betul”. Dalam hatinya beliau
berkata “cara aku yang salah rupa-rupanya”.
Saya percaya
kebijaksanaan dalam menegur sentiasa memenangi hati manusia berbanding
menggunakan kaedah kekarasan dalam melakukan teguran. Islam adalah agama kasih
sayang!
Kesimpulan
Saya ingin memberi
peringatan kepada diri sendiri dan para pembaca, teguran yang kita berikan
adalah untuk mengajak semula seseorang ke jalan tuhan.
Teguran jauh sekali
untuk mengundang rasa sakit hati terhadap mereka yang kita tegur dan bukanlah
instrument untuk memalukan seseorang.
Moga-moga selepas ini
kita akan mendahulukan kebijaksanaan dan rasional dalam menegur, dan berhenti
memberi keutamaan kepada emosi.
Tegurlah dengan nama
Tuhanmu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan