01 Ogos 2010

MKKI 2010

Pada 26 Julai yang lalu satu majlis pelancaran program mahrajan kebudayaan dan kesenian islam telah diadakan di sekolah menengah sains rembau. Program yang bertujuan mencungkil bakat-bakat yang terpendam dikalangan pelajar ini telah dirasmikan oleh yang berbahagia Ayahanda Pengetua Cemerlang Dato' Haji Azam bin Mad Atan . Program yang bertemakan Islam is the way of life ini telah disemarakkan lagi dengan pelbagai pengisian yang bertujuan memberikan kesedaran dan penghayatan terhadap ajaran islam yang sebenar serta menyemai semangat cintakan agama dikalangan warga semesra selain merapatkan ukhuwah dan persaudaraan dikalangan warga Semesra. 

Antara acara yang dianjurkan sempena mahrajan yang julung kali diadakan ini ialah perasmian risalah BADA, perlantikan AMT BADA SEMESRA,Kempen Doa Senjata Mukmin,kuiz islami,pertandingan kaligrafi khat, nasyid,sketsa islamik,syarahan agama,pertandingan bola sepak, pertandingan busana muslimah dan sebagainya. Selain itu turut diadakan tayangan islamik dan ceramah yang bertajuk hiburan dalam islam. Tidak ketinggalan beberapa badan kerajaan dan NGO turut memberikan sumbangan dalam menjayakan program tersebut antaranya Tabung Haji dengan penubuhan Kelab TaHA , Aman Palestin dan Planeterium Al-Khawarizmi. Diharapkan program dan kerjasama yang dijalinkan semasa program ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang. 

Tiada ulasan: