23 Julai 2010

CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ

Pada 15 Julai 2010,satu majlis ceramah agama sempena Israk dan Mikraj telah diadakan di Surau Sekolah menengah sains rembau. Majlis yang julungkali diadakan ini telah dihadiri hampir semua pelajar, guru dan kakitangan di Sekolah Menengah Sains Rembau. Penceramah Jemputan pada malam tersebut ialah yang berbahagia Ustaz Mohamad Hapizi bin Mohd Ali, Penolong Pengarah Operasi Dakwah ,Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. 

Majlis telah bermula jam 7.30 malam dengan para jamaah mendirikan solat fardhu maghrib dan solat sunat taubat secara berjamaah disusuli dengan ceramah yang disampaikan oleh tuan penceramah. Dalam Ceramah yang disampaikan hampir dua jam, ustaz Hapizi telah menerangkan beberapa perkara yang sangat perlu dititik beratkan dan diambil perhatian terutamanya mengenai akhlak dan juga hubungan manusia dengan Allah.

Dalam konteks israk dan mikraj Nabi SAW, beliau turut menyentuh berkenaan bagaimana peristiwa israk dan mikraj berlaku keatas batang tubuh nabi SAW dan juga saat Nabi SAW diangkat ke Langit menemui Allah SWT dan menerima Anugerah Solat fardhu yang pada mulanya sebanyak 50 rakaat dan dikurangkan sehingga 5 rakaat.

Pada akhir ceramah yang disampaikan, ustaz sempat mengingatkan para jemaah untuk sama-sama memperbaiki diri untuk menjadi seorang musliam yang cemerlang tak kiralah dalam apa jua bidang yang diceburi terutama semasa mengerjakan solat dan melakukan kebaikan.Turut Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Tuan Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Rembau , Dato' Haji Azam bin Mad Atan.

Tiada ulasan: