24 Januari 2013

Perlantikan Organisasi Sekolah 2013

Pada 21 Januari yang lalu telah diadakan satu Majlis Perlantikan bagi Jawatankuasa Badan Organisasi Pelajar tahun 2013.Program yang diadakan bertujuan untuk memberikan pengiktirafan dan memaklumkan perlantikan badan organisasi sekolah yang merupakan salah satu daripada tonggak kepada pembangunan sahsiah pelajar khususnya selain memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih diri menjadi pemimpin pada masa akan datang. Majlis bermula jam 7.30 pagi telah disempurnakan oleh Pengetua Kanan SEMESRA, Puan Hjh Norzila bt Idris.


Dalam ucapan perasmiannya, puan pengetua juga memaklumkan bahawa pencapaian yang cemerlang tidak mungkin dapat menjamin kehidupan yang bahagia andaikata kita meminggirkan pembangunan sahsiah dan akhlak yang baik. Justeru, pembangunan sahsiah dan kerohanian perlulah dipupuk bagi membentuk generasi yang berguna dan bermanfaat kepada semua.

Pengerusi BADAR ( Sdra. Azziq Farhan ) 

Pengerusi Briged IT ( Sdra. Suhaza Afifi ) 


Pengerusi PSS


Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya (Sdra Arshad )  


Bacaan Ikrar dipimpin oleh Sdra. Azziq Farhan  ( Pengerusi BADAR) 

Penyerahan Ikrar Simbolik oleh Sdra. Azziq Farhan  ( Pengerusi BADAR) 
kepada Pengetua, Puan Hajah Norzila Idris 

Tiada ulasan: