18 Julai 2011

PROGRAM RAMADHAN DEKAT DIHATI

Assalamualaikum

“Ramadhan Dekat Di hati” adalah suatu pogram yang keagamaan tahunan yang akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Sains Rembau .Program tahunan ini akan bermula pada 31 Julai 2011 hingga 24 Ogos 2011. Pogram ini telah memuatkan beberapa pengisian yang bersesuaian dengan tuntutan syariat Islam di samping memeriahkan lagi sambutan kedatangan ramadhan untuk tahun 1432H / 2011.

Kami Dari Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasana Badan Dakwah dan Rohani Sekolah Menengah Sains Rembau telah mengaturkan beberapa pengisian yang bersesuaian untuk semua pelajar bagi menghidupkan suasana sambutan ramadhan di SM Sains Rembau. Tujuan pogram ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar berkenaan Info dan perlaksanaan Ibadah puasa dalam usaha mencari keradhaan Allah S.W.T.

Tiada ulasan: