29 November 2011

Kepentingan Wehdatul Fikri


Assalamualaikum .. salam sejahtera kepada sekalian readers

Hari ini kita ingin berkongsi pandangan dengan sahabat-sahabat sekalian berkenaan dengan wehdatul fikr. Apakah yang dimaksudkan dengan wehdatul fikr ? wehdatul fikr berasal daripada dua perkataan arab iaitu wehdah dan fikr . Wehdah bermaksud kesatuan atau dengan erti kata lain kesepakatan atau muafakat manakala fikr pula membawa maksud pemikiran. Jadi jika dicantumkan kedua perkataan ini ianya akan membawa maksud kesatuan pemikiran atau kesepakatan dalam mengeluarkan sesuatu keputusan yang mana kita tahu setiap keputusan yang diputuskan perlu ada kesepakatan dan ianya berkait rapat dengan konsep jamaah.

Dalam sesebuah jamaah perlu ada kesepakatan dan ketetapan yang dibuat dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan atau keputusan. Ini kerana jika sesuatu keputusan itu dikeluarkan tanpa keputusan tersebut diperbincang didalam jamaah, maka ia akan membawa kepada perbalahan dan pertikaian dikalangan ahli jamaah

Firman Allah SWT dalam alquran mafhumnya :
"Dan hendaklah kamu bermesyuarat (bersepakat) dalam menguruskan sesuatu pekerjaan"
Maka, dapat kita fahami bahawa kepentingan bermesyuarat atau bersepakat atau bersatu kata dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau memutuskan sesuatu keputusan. Jika tiada perbincangan atau perkongsian pendapat maka akan timbullah masalah perselisihan yang boleh membawa kepada perpecahan dikalangan ahli sesuatu jamaah dan kesepakatan satu perkara yang perlu.

Jika terdapat permasalahan eloklah diadakan perbincangan supaya segala permasalahan yang timbul dan yang ditimbulkan dapat diselesaikan atas dasar kesepakatan bersama.

Firman Allah SWT dalam Alquran mafhumnya :
"Jika kamu berselisih pendapat berkenaan sesuatu, kembalilah kepada Allah dan Rasulnya"

Tiada ulasan: