15 Julai 2010

JALINAN UKHUWAH BADAR SDAR - SEMESRA

Pada 11 Julai 2010, Bada Sekolah Menengah Sains Rembau telah menerima kunjungan delegasi dari BADAR Sekolah Datuk Abdul Razak Seremban. Delegasi yang disertai seramai 35 orang pelajar dan 3 orang guru telah tiba di Sekolah Menengah Sains Rembau jam 8.15 pagi dan telah disambut oleh Ahli Jawatankuasa dan Majlis Tertinggi Badan Agama Dakwah dan Akhlak (BADA) Semesra, Guru Penasihat BADA SEMESRA , Ust Nadzdzarul Amir dan GPK Hal Ehwal Murid. Dalam ucapan aluan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Sains Rembau, Tuan Haji Azman bin Awang.



Dalam beliau merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada BADAR SDAR kerana menjadi delegasi yang pertama mencatat sejarah berkunjung ke SEMESRA dari kalangan Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster. Ini kerana sebelum ini SEMESRA banyak menerima kunjungan daripada Sekolah-sekolah Kebangsaan seluruh Negeri Sembilan.

Selepas taklimat ringkas disampaikan oleh guru penasihat BADA SEMESRA, delegasi BADAR SDAR telah dibawa untuk ke bilik persalinan untuk membuat persediaan perlawanan persahabatan bola sepak dan berkesudahan dengan BADAR SDAR memenangi perlawanan menewaskan BADA SEMESRA dengan jarinan 1 -0. 




Pada jam 11.30 pagi pula diadakan slot perkongsian pintar antara BADAR SDAR dengan BADA SEMESRA. Banyak idea dan cadangan yang telah dilontarkan dan dikongsikan bersama. Diharapkan kerjasama dan ukhuwah yang terjalin dapat dipereratkan lagi pada masa-masa akan datang. 

Tiada ulasan: