04 Mei 2010

Mesyuarat AJK kali Pertama BADA Sekolah Menengah Sains Rembau

Rembau,4 Mei 2010- Satu Mesyuarat penyelarasan tugas-tugas Badan Agama, Dakwah dan Akhlak Sekolah Menengah Sains Rembau telah diadakan di Bilik Persidangan. Mesyuarat yang julung kali diadakan ini menghimpunkan seluruh ahlijawatankuasa BADA dan Guru-guru Penasihat serta barisan pentadbir sekolah ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pengetua Cemerlang SEMESRA sendiri iaitu Dato' Haji Azam bin Haji Mad Atan.


Dalam ucapan pembukaan, Tuan pengetua telah mengingatkan kepada semua bahawa BADA merupakan salah satu daripada organisasi yang penting dalam pentadbiran sesebuah sekolah berasrama penuh. Ini kerana peranan yang dimainkan oleh BADA dalam menbentuk jati diri dan sahsiah seseorang pelajar adalah satu tanggungjawab yang cukup besar. Jatuh bangunnya sesebuah sekolah berasrama penuh bergantung kepada kekuatan tiga organisasi penting dalam sekolah iaitu BADA dan Badan Pengawas Sekolah.

Sehubungan dengan itu, BADA perlu memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah pelajar khususnya yang berkaitan dengan pengurusan diri,pengurusan masa dan pengisian kerohanian. justeru itu, pelbagai aktiviti perlu dilaksanakan bagi mempersiapkan diri menghadapi cabaran dan dugaan pada masa akan datang.

Tiada ulasan: