18 Julai 2012

Pembentukan Jama’ah

Assalamualaikum.. Salam Perjuangan

 Pembentukan Jama’ah 

Untuk menyempurnakan tanggungjawab menurut sistem Islam, maka perlulah kepada pembentukan Jama’ah Ummah Islamiyyah. Yakni,jamaah yang ada kesedaran untuk bangun menghayati dan menegakkan Islam. Jamaah dimana anggotanya pimpin-memimpin, bimbing-membimbing antara satu sama lain dalam suasana ukhuwwah dan kasih sayang sejati kerana Allah SWT. Hendaklah kita sedari bahawa memperkatakan yang hak itu adalah suatu yang wajib, namun terpaksa menghadapi berbagai-bagai kesukaran serta halangan. 


Din atau sistem Islam itu adalah hak (kebenaran) yang wajib dibangunkan, tetapi ia tidak dapat tertegak melainkan di dalam kawalan jamaah yang sudah terbentuk. Sabar Perlu juga diinsafi bahawa kerja-kerja menegakkan Iman, amal saleh dan mengawal yang hak itu adalah kerja yang amat sukar bagi individu dan jamaah. Maka ia memerlukan kepada satu senjata, iaitu kesabaran. Yakni sabar dalam jihad sama ada jihad hawa nafsu atau lain-lain, sabar menangung penderitaan dan kesukaran, sabar menghadapi kemungkaran dan kema’siatan yang berleluasa, sabar melalui masa yang panjangdan peningkatan yang lambat dan sabar untuk menuju matlamat yang jauh didalam perjuangan hidup ini. 

Hal ini memerlukan kepada jamaah yang manaanggota-anggotanya hidup dalam ukhuwwah dan bimbing-membimbing dengan kesabaran. Dalam suasana ini, barulah sistem Islam boleh hidup subur dan menghasilkan buah-buah (natijah) yang baik lagi bernilai. Model Model jamaah yang tinggi dan agung telah lahirdi Zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Adalah perlu sekali kita mengambilcontoh teladan mereka dalam usaha kita membentuk jamaah kini. Generasipertama tersebut telah memiliki sifat-sifat dan ciri-ciri penting hingga melayakkan mereka menjadi ummat terbaik. Berikut disenaraikan beberapa ciri yang terpentingseperti yang dijelaskan oleh Al-’Allamah Abu al-Hasan Ali al-Husni an-Nadawidalam kitabnya, Maza Khasira al-’Alam Bi Inhitat al-Muslimin.

 Rumusan beliau ialah:
 1. Mereka berpegang teguh kepadaSyariat Ilahi. Mereka sesekali tidak mencipta undang-undang menurut hawanafsu mereka. 

 2. Mereka telah melalui prosesTarbiyyah (didikan) dan Tazkiyyah (pembersihan) jiwa dalam jangka masayang lama di bawah pimpinan Rasulullah SAW hingga lahir sifat-sifat terpuji.Jawatan dan tugas disifatkan sebagai amanah dan ujian daripada Allah SWT,bukan kemegahan atau kebanggaan.

 3. Perkhidmatan mereka Lillah(kerana Allah SWT), tidak kerana yang lain. Mereka bekerja untuk mengeluarkanmanusia daripada perhambaan sesama makhluk kepada perhambaan hanya kepadaAllah SWT semata-mata. Kemuliaan hanya bagi orang-orang yang bertaqwa.

 4. Mereka membina tamaddun yang saleh meliputi kemajuan rohani, jasmani dan aqli. Semua bidang hidupdikuasai oleh nilai dan akhlak Islam, meliputi bidang pentadbiran, ekonomi,sosial dan politik. Sehubungan dengan itu juga, Prof. Muhammad Qutb,pernah menjelaskan bahawa dasar hidup mereka dibina di atas kata-kata AllahSWT. Firman Allah SWT: “Mereka mengabdikan diri kepadaKu dan tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu apa pun.”- Surah an-Nur: ayat 5

5 Erti memperhambakan diri kepada Allah SWT itu,menurut tafsirannya, ialah tetap berjalan di atas sistem peraturan AllahSWT. Inilah manhaj yang diguna pakai oleh mereka dalam semua bidang kehidupan. Demikianlah gambaran umum mengenai Jama’ah Islam yang hidup menjunjung perintah-perintah Allah SWT yang disifatkan olehAllah SWT sebagai umat terbaik dan menjadi model untuk seluruh manusia.

Tiada ulasan: