16 Ogos 2012

Ramadhan Bulan Perjuangan

Assalamualaikum.. salam kasih sayang untuk semua reader

Sememangnya kita telah mengetahui bulan Ramadah merupakan bulan yang terdapat pelbagai kemuliaan dan rahmat didalamnya tidak lupa juga pelbagai nikmat dan keampunan yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita sebagai Ummat Nabi Muhammad SAW. 

Dalam bulan ini juga, yang tak dapat kita lupakan ialah sebagai bulan perjuangan. Bukan hanya sekadar berlapar dan menahan nafsu keinginan  malahan para pelajar semesra juga turut turun ke medan perjuangan yang bakal menentukan kejayaan pada masa hadapan. Semalam telah berakhir dua peperiksaan besar yang cukup penting dan menguji ketahanan mental dan fizikal pelajar khususnya pelajar tingkatan 3 dan 5 yang menghadapi Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM. 

Kami pihak Badan Dakwah dan Rohani Sekolah Menengah Sains Rembau ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar tingkatan 3 dan 5 yang telah berjaya menjalani peperiksaan percubaan dalam bulan ramadhan dengan baik dan sempurna. 

Tidak dilupakan juga buat para pelajar tingkatan 1,2 dan 4 yang menghadapi ujian 2 tahun nie, kita sama-sama doakan moga dengan keberkatan ramadhan yang masih lagi berbaki ini, Allah SWT melimpah rahmat serta keampunan bagi memastikan kejayaan menjadi milik kita .. 

Tiada ulasan: