29 Oktober 2012

Kem Solat Sempurna 2012

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani (BADAR SEMESRA) dan Seketeriat Mahasiswa/wi Timur Tengah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus telah mengadakan Kursus Smart Solat bertempat di Surau Sekolah Menengah Sains Rembau. 

Program yang diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan tatacara berwuduk yang sempurna serta memperkemaskan ibadat solat dan perkara-perkara fardhu ain. 

Selain itu program yang diadakan ini juga bertujuan untuk memberi motivasi dan kefahaman kepada pelajar bahawa solat yang sempurna merupakan benteng yang ampuh daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar. Program ini melibatkan pelajar tingkatan 1 dan 2. 


Antara pengisian kem sehari ini ialah ceramah berkaitan kepentingan solat dan seterusnya latihan dalam kumpulan dan kuiz solat 








Tiada ulasan: