01 November 2012

Kursus Imam Dan Muazzin Semesra (KIMS)

Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah Sains Rembau dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani Sekolah Menengah Sains Rembau telah menganjurkan Kursus Imam dan Bilal peringkat sekolah Menengah Sains Rembau bagi tahun 2012.









 Antara tujuan kursus ini diadakan untuk melahirkan imam dan bilal  yang mempunyai kredibaliti dan sahsiah yang unggul dan terbaik serta menjadi role model kepada semua pelajar selain berketerampilan dan berkebolehan dalam menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku dikalangan pelajar Sekolah Menengah Sains Rembau. Selain itu kursus ini juga diadakan dengan tujuan memberikan kefahaman yang jelas kepada pelajar berkenaan tugas-tugas dan tanggungjawab  seorang Imam dan bilal.






seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 terlibat dalam kursus tersebut. Menurut penyelaras program tersebut, Ustaz Nadzdzarul Amir bin Mohyeddin, kursus yang diadakan ini adalah julung kali dianjurkan bagi melatih dan memilih imam dan bilal yang berwibawa dikalangan pelajar Sekolah Menengah Sains Rembau. 

Antara pengisian program kursus setengah hari ini antaranya ceramah berkaitan tanggungjawab dan bidang tugas Imam dan Muazzin yang telah disampaikan oleh Ustaz Nor Azman bin Mohamed, Pengarah Urusan Imtiyaz Tarbiyah Centre, Klinik Bacaan dalam Solat, Latihan dalam kumpulan dan amali Solat. 


Diharapkan dengan program dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program dapat memberikan impak dan kesan dalam diri para peserta yang menyertai

Tiada ulasan: