Panitia
Pendidikan Islam SM Sains Rembau dengan kerjasama Surau An-Nur SM Sains
Rembau telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Imam dan Bilal 2013
bertempat di Surau An-Nur SM Sains Rembau. Program ini merupakan
lanjutan daripada program yang pernah dilaksanakan pada tahun lepas yang
menghimpunkan para pelajar yang telah dipilih dari kalangan pelajar
tingkatan 4 khususnya untuk menjadi bakal imam dan bilal dikalangan
pelajar SM Sains Rembau.
Antara
matlamat bengkel ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan imam dan
bilal yang mempunyai kredibaliti dan sahsiah yang unggul dan terbaik
serta menjadi role model kepada semua pelajar selain berketerampilan dan
berkebolehan dalam menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku
dikalangan pelajar SM Sains Rembau.
Antara
pengisian bengkel yang diadakan ialah penerangan berkaitan tugas dan
tanggungjawab seorang imam dan bilal yang telah disampaikan oleh Ustaz
Mohamad bin Kasim, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Agama Islam
Daerah Rembau. Disamping itu juga para peserta didedahkan dengan
teknik-teknik yang betul dari segi prektikal Azan, Iqamah, mengimamkan
solat dan bacaan khutbah jumaat.
Para
peserta yang ditemui berpuas hati dengan penerangan yang telah
disampaikan oleh penceramah dan bersiap sedia untuk menggalas cabaran
sebagai imam dan bilal SM Sains Rembau.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan