16 Oktober 2013

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Sempena SPM

Panitia Pendidikan Islam SM Sains Rembau telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat khusus untuk para pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan SPM tidak berapa lama lagi. Majlis yang merupakan majlis bacaan yasin dan solat hajat yang kedua dianjurkan oleh panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru SM Sains Rembau selepas majlis yang dianjurkan pada 17 September 2013. 


Program bermula jam 9.00 pagi bertempat di Surau An-Nur, SM Sains Rembau dan telah dihadiri oleh para pelajar tingkatan 4 dan 5 serta Ibu bapa pelajar masing-masing dan guru-guru yang mengajar tingkatan 5. 


Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan yang telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Mohd Azman bin Awang mewakili puan pengetua yang tidak dapat hadir disebabkan menghadiri mesyuarat pengetua-pengetua SBP di seremban. Dalam ucapannya, beliau telah merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kesudian hadirin dalam majlis tersebut. 




Majlis bacaan yasin dan solat hajat seterusnya telah dipimpin oleh Ustaz Nadzdzarul Amir bin Mohyeddin dan majlis berakhir jam 11.00 pagi.

Tiada ulasan: