24 Februari 2015

TAKLIMAT GERAK KERJA NUQABA' SMESRA

Assalamualaikum ..


Pada 14 Februari 2015 yang lalu telah berlangsung taklimat nuqaba' khusus untuk para naqib yang bakal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin usrah. Program yang telah diadakan selepas solat fardhu maghrib ini telah diadakan di Surau An- Nur, SM Sains Rembau dan taklimat telah disampaikan oleh Guru Penasihat Lajnah Tarbiyah, Badan Dakwah dan Rohani, SM Sains Rembau Ustazah Murni binti Bucik. 
Dalam taklimat yang disampaikan oleh ustazah, Ustazah telah mengingatkan bahawa usrah merupakan salah satu aktiviti yang boleh meransang minda ahli usrah untuk sama -sama berkongsi ilmu pengetahuan dan informasi selain berperanan sebagai salah satu medan dakwah dan tarbiyah dikalangan pelajar. Melalui usrah yang bakal dilaksanakan nanti, diharapkan supaya ianya akan dapat merubah persepsi dan pandangan pelajar terhadap usrah itu sendiri dan dalam taklimat tersebut juga ustazah turut menjelaskan kepentingan dan hikmah berusrah.


Seramai 50 orang naqib dan naqibah menyertai taklimat tersebut yang terdiri daripada kalangan lembaga kepimpinan pelajar, BADAR dan ketua dan timbalan ketua batch. Dalam majlis yang diadakan lajnah tarbiyah BADAR turut menyediakan buku panduan usrah kepada semua naqib dan naqibah. Semoga dengan taklimat yang telah disampaikan, diharap para naqib dan naqibah dapat melaksanakan tanggung jawab dan amanah yang diberikan dengan sebaiknya. 

Tiada ulasan: