24 Februari 2015

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan BADAR 2015

Assalamualaikum dan salam ukhuwah


Pada 28 Januari 2015 telah berlangsung majlis penyerahan watikah perlantikan AJK tertinggi Badan Dakwah dan Rohani SM Sains Rembau bertempat di Surau An-Nur SM Sains Rembau.Program yang julung kali diadakan ini adalah bertujuan memberikan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sumbangan yang diberikan oleh AJK Tertinggi Badar dalam memastikan aktiviti kerohanian dan keagamaan dilaksanakan dan berterusan sepanjang sesi persekolahan tahun 2015. 

Badan Dakwah dan Rohani SM Sains Rembau merupakan salah satu dari entiti organisasi pelaksana yang berperanan dalam mencorakkan sahsiah serta keperibadian pelajar muslim terutamanya dan memberikan panduan atau guide line kepada pelajar muslim untuk melaksanakan aktiviti kerohanian. Sehubungan dengan itu, BADAR merupakan organisasi yang cukup berperanan dan sewajarnya mendapat pengiktirafan daripada pihak sekolah.
Majlis yang diadakan selepas solat fardhu maghrib ini telah disempurnakan oleh Puan Pengetua Cemerlang, Puan Hajah Norzila binti Idris. Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengingatkan kepada semua pelajar agar memberikan kerjasama yang sebaiknya dan sewajarnya kepada Badan Organisasi sekolah yang telah dilantik bagi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Dalam majlis yang diadakan, beliau telah menyampaikan sijil watikah perlantikan kepada 20 orang AJK Tertinggi BADAR bagi sesi kali ini  diketuai oleh saudara Muhammad Hafizzan bin Ibrahim. Turut hadir bersama guru-guru penasihat BADAR Smesra. 

Tiada ulasan: