21 Januari 2016

ANTISOCIAL VS IKHTILAT

ASSALAMUALAIKUM PEMBACA SEKALIAN,

 Cuba kita bahagikan spekulasi pelajar mengenai pergaulan antara muslimin dan muslimat yang boleh dicapai di kolej kepada 5.
 1. Social 
2. Peluang 
3. Ikhtilat 
4. Syadid 
5. Anti-social

 Dan ana akan ta'rif kan setiap satu, 

 1. Social - dianggap terlalu bebas dalam pergaulan. Bila berjumpa bersenyum-senyum, berlambai-lambai (ini over). Bila berjumpa juga bertegur sapa.. Jika muslimin, settle taaruf dia untuk muslimat tuh, dan jika muslimat pula sebaliknya. Bila berjumpa dalam mesyuarat dsb, pandang mata bertemu mata, dan jatuh ke hati. Passing barang kecil seperti wang syiling diberi tangan ke tangan (masih tak bersentuh). Muka manja banyak macam ketika bergaul. Bila bercakap pula, istilah yang dipakai, kau-aku je. Merujuk kepada pihak ramai, korang-dorang dipakai. 

 2. Peluang - boleh kata social tahap rendah. Bercakap tanpa tujuan dengan rianya misalnya ketika perjumpaan untuk musabaqah. Dinamakan tahap 'Peluang' kerana bersifat mengambil peluang. Adapun ketika berjumpa di luar waktu mesyuarat dan sebagainya seperti biasa. Tidak menegur dan tidak pula bersenyum. Dalam mesyuarat juga, pandang kadang-kadang bertemu mata. Passing barang kecil seperti pemadam diperlakukan seperti di cashier kedai-kedai, tangan di bawah menyambut, tangan di atas memberi. Jarak hanya beberapa centimeter. Muka manja semacam ketika bergaul. Bila bercakap, kadang-kadang istilah dipakai kau-aku, kadang-kadang ana-enta. Tak tetap. Selalu pakai korang-dorang, tapi juga memakai antum-antun. 


 3. Menjaga Ikhtilat - memperilakukan seperti mana syariat suruh, bercakap bila perlu, berjumpa bila perlu, bila ada dhorurot, dan di masa lain tinggalkan. Ketika berjumpa di kala dhorurot, tidak pula bersembang di luar topik, fokus dan tidak lari dari matlamat asal perjumpaan di buat. Di kala waktu kecemasan, bertindak rasional selari dengan syariat suruh. Dalam mesyuarat, pandang pada kadar tertentu agar tidak menganggap memperlekeh si pembual bicara. Tidak memandang mata. Bila passing barang, mengikut apa yang telah dipelajari dalam Minggu Ta'rif, barang kecil, dikepit dengan buku dsb. Muka sedang ketika bergaul, tidak terlalu serious dan tidak pula terlalu manja. Bila bercakap istilah dipakai ana-enta, antum-antun. Kadang-kadang terpakai korang-dorang.  
4. Syadid - menjaga ikhtilat tahap syadid, bila muslimin panggil muslimat, buat toleh ke arahnya, tapi pandang awan sampai habis bercakap, begitu sebaliknya. Ketika berjumpa dalam mesyuarat, pandang bawah 24/7. Bila ajnabi panggil, angkat muka separuh je, itu pun masih pandang lantai. Passing barang tu, kalau tak ada tiang lampu, maka campak pun jadilah. Muka macam nak denda orang ketika bergaul. Istilah yang dipakai ialah ana-enta, antum-antun, dan mungkin memakai nahnu (?). 

 5. Anti-social - orang yang tak nak bergaul. bila dipanggil, buat tak tahu. Dalam mesyuarat, buat kerja lain. Passing barang, main campak je. Muka masam je dalam perjumpaan. Istilah pakai tiada, kerana jarang dengar mereka berinteraksi, itulah namanya anti social. Jadi anda nilai diri anda di mana, ini hanyalah sebuah spekulasi, maaf jika tidak mahu menerima pendapa fakir ini. Tapi semata untuk tujuan muhasabah, renungkanlah.

 Alhamdulillah di Kolej Islam tiada yang tergolong dalam kalangan mereka yang sosial, insyaAllah tidak akan wujud golongan itu. Nampaklah bahawa Islam itu menganjurkan kesederhanaan dan bukan ke-jumud-an yang terlampau. Orang yang menganggap menjaga ikhtilat itu sebagai jumud ialah orang yang perlu belajar dengan lebih mendalam lagi tentang Islam, rujuk balik naqib naqibah, rujuk balik ustaz ustazah di kolej. Hayatilah uniques Teachers dan Usrah yang ada di bumi waqafan itu. Jangan pula memandang serong akan orang yang menjaga ikhtilat, orang yang menjaga ikhtilat pula dianggap antisocial, Golongan "Peluang" dianggap profesional dan menjaga ikhtilat. Kupasan isu 'Profesional' dalam berkomunikasi. Wahai, daie bumi waqafan, janganlah istilah profesional menghalalkan matlamat mu dalam berbicara tiada senda, sehingga terasyik-asyik terbuai ke topik lain luar dari tajuk asal munaqasyah. Setahu ana, yang lebih ma'ruf dan selalu menggunakan istilah profesional ialah dari pihak muslimat, maka janganlah salah beranggapan dengan istilah ini, dan jangan pula konsep ini menjadi tiket untuk bergurau senda dalam perbincangan. 

 Profesional yang ditekankan oleh BADAR ialah: 

 1. Terus bincang kepada topik, tidak perlu lencong-lencong. 

 2. Beri komitmen dalam perbincangan, bukannya sebelah pihak menyatakan pendapat, sebelah pihak mengangguk kosong. Fahamkan isi perbincangan, supaya maklumat cepat sampai dan tidak perlu berulang-ulang menyatakan hal yang sama. 

 3. Pandang dengan kadar waktu tertentu (pandang ke arah pembual bicara sebentar, kemudian pandang ke tempat lain, dan kemudian ulang semula) dengan niat untuk menghormati si pembual bicara, jangan tak pandang terus, boleh disalah tafsir sebagai tidak mendengar.

 4. Jaga adab ikhtilat (seperti yang diajar dalam Minggu Ta'rif) 

 5. Elakkan menghadap muslimin dan muslimat kecuali jika berguru. 

 6. Muka tidaklah terlalu serious, tidak perlu terlalu manja. Sedang-sedang sahaja.  

7. Berteman, bukan berdua-duaan. Tidak pula perlu beramai-ramai jika di tempat-tempat yang tertentu,misalnya penghubung antara blok Form 4 dan Form 5. 

8. Di tempat yang terang, dan bukan tempat yang gelap. 

 9. Menjaga jarak.

 10. Menjaga suara.

 11. Menjaga hak masing-masing 

Ayuh ubah, dan ayuh muhasabah wahai penghuni bumi waqafan! Wallahua'lam,

Tiada ulasan: