12 September 2010

WHAT NEXT AFTER RAMADHAN ??

Assalamualaikum .. salam ukhuwah .. Salam Aidil Fitri

Alhamdulillah kita telah pun berjaya melepasi halangan melawan nafsu selama sebulan dan pada jumaat yang lepas kita telah sama-sama meraikan hari kemenangan bagi seluruh ummat Islam. Kini kita semua telah sama-sama kembali kepada fitrah asal kita, menjalani kehidupan sepertimana sebelum kita menenpuh bulan puasa yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Malahan ramai yang beranggapan selepas berakhirnya ramadhan dah boleh buat apa yang sepatutnya tak dibolehkan dalam bulan Ramadhan, tetapi mereka perlu sedar sepatutnya bila berakhirnya Ramadhan maka amalam-amalan yang pernah dilaksanakan semasa ramadhan perlu diteruskan bagi memastikan kesinambungan amalan Ramadhan berkekalan dan berterusan selamanya.

Tiada ulasan: