02 April 2012

Ceramah Bulanan : Generasi Rabbani

Assalamualaikum.. Salam Perjuangan

Pada 31 Mac yang lalu, Badan Dakwah dan Rohani Sekolah Menengah Sains Rembau dengan kerjasama Surau Sekolah Menengah Sains Rembau telah menganjurkan ceramah bulanan di Surau Sekolah Menengah Sains Rembau. Program Ceramah bulanan ini telah diadakan di Surau Sekolah Menengah Sains Rembau bermula selepas solat fardhu maghrib. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafiz bin Hassan dari SMKA Sheikh Ahmad Said Seremban. 

Dalam ceramah yang disampaikan, beliau banyak mengupas tajuk yang berkaitan dengan generasi Rabbani dengan menyingkap kisah pengislaman Sahabat Baginda Nabi SAW, Mus'ab bin Umair dan kisah keluarga Ammar bin Yasir. Beliau turut menyentuh pertanyaan yang diajukan oleh para sahabat Nabi SAW kepada Saidina Ali Radhiallahu anhu berkaitan Taqwa. 


Daripada dapatan yang kami perolehi, kebanyakan jamaah berpuas hati dengan penyampaian yang disampaikan dan berhajat untuk mengundang 'Ustaz Hafiz' pada kesempatan yang lain. 

Tiada ulasan: