25 Julai 2012

Pelancaran Program Ihya' Ramadhan - Dekat Dihati

Assalamualaikum..Salam Ramadhan 



Pada 23 Julai yang lalu, telah berlangsung pelancaran program Ihya' Ramadhan peringkat Sekolah Menengah Sains Rembau bertemakan Ramadhan Dekat Dihati. Program yang bakal berlangsung selama sebulan ini telah dirasmikan pelancarannya oleh yang berbahagia Pengetua Kanan Sekolah Menengah Sains Rembau, Puan Hajah Norzila binti Idris. 

Antara Pengisian program Ihya' Ramadhan pada tahun ini ialah Pertandingan Ramadhan, Tayangan  Ramadhan, Hidangan Istimewa, Kuiz Ramadhan, Tadarus Al-Quran dan penutup program dengan Slot Khatam Alquran yang dijangka dilaksanakan pada 16 Ogos 2012. Di dalam ucapan perasmian, 
puan pengetua melahirkan rasa gembira dan mengucapkan penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak untuk menjayakan program yang diadakan. Selain itu beliau juga mengharapkan agar semua pihak dapat memainkan peranan yang sewajarnya dalam menjayakan program dan slot yang telah diaturkan.


Majlis perasmian turut diserikan dengan slot Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhd Haikal bin Ash'ari. Dalam ceramah yang disampaikan, beliau telah mengingatkan bahawa perintah puasa yang dilaksanakan oleh Ummat Muhammad merupakan perkara yang sama yang telah diperintahkan dan diwahyukan oleh Allah pada ummat-ummat yang hidup sebelum ummat muhammad. Beliau turut mengingatkan 





Tiada ulasan: